Thursday, November 4, 2010

Result Akhir Tahun Amirul..

Dari kertas soklan periksa yang Amirul bawa balik tempohari, aku dah agak keputusan yang mungkin Amirul perolehi.. Sebagai ibu, aku selalu bagi semangat kepadanya.


Semalam, semasa dia balik dari mengaji Quran, dia tunjukkan aku buku rekod. Nah.. ambik ko, dapat no 3 pulak kali ni. Tapi, bila ku tengok peratusan markahnya, tak ler banyak beza dengan peratus markah sebelum ni. Masa exam pertengahan tahun 98%. kali ni pulak dia dapat 94%. ok ler tu. still dalam ranking 90% ke atas.


Bila jer papa dapat tau yang result Amirul drop sikit, dlm ati ayam dia tu suker kemain. tapi control jer. Sebab Amirul ni, kalau dipuji puji dia akan jadi malas nak belajar. So, papa ckp ler, main banyak sangat ni patut leh dapat no 3. Lepas ni tak leh turun main Basikal dah..

Moyok jer muka Amirul. Then, aku sebagai ibu kena ler contra balik perasaan sedih amirul tu. Aku ckp ler, kalau Amirul rajin baca Al quran, Allah akan sentiasa tolong Amirul. sebab tu kena rajin baca quran, nanti exam mesti dapat no 1. sebab org yg selalu baca quran, Allah bagi dia tak mudah lupa..


hohoho.. Amirul janji nak rajin rajin baca quran. Pas tu Amirul bagi jawapan yg kami semua terus ketawa dalam kontrol. Tak pa la papa, dulu mirul dapat no 2, sekarang dapat no 3, lepas ni pulak mesti dapat no 4. baru betul!!!!. kahhhhhhhhhhhhhhhhh


nota:- mesti sonok bila nek atas pentas ambik adiah. pembakar semangat tu.

3 comments:

  1. bagus.. ibu yg cukup prihatin...
    no 3 dh cukup baekkk... klau no 1 teramat baekkk la kan...

    ReplyDelete
  2. waaa ok la tu..bijak amirul..haih sejuk perut ko ek wantie..

    ReplyDelete
  3. hahaha....lawak tul....dpt no 4 lak..bijak2...

    ReplyDelete