Thursday, December 16, 2010

Bubur Assyura

Dah 10 Muharram hari ni yer. tetiba aku teringat nak makan bubur assyura. Walaupun bubur Assyura ni datangdalam pelbagai versi. Tapi, aku suka yang versi beku mcm bengkang tu jugak. Kalau yang versi Penang ni aku tak bapa suka. Sebab dia cair. Aku pernah gak dengar ada negeri yang buat Assyura daging. Tapi tak pernah tengok & rasa pun.



( kredit kpd empunya gambar)

Aku suka sangat time tengah panas. cedok masuk kat dalam daun pisang. pergh.. memang best. Selalunya MIL yang rajin buat Assyura dalam kawah. yer la, keluarga suami kan ramai. kenalah buat banyak. baru makan puas.

Tapi, sekarang MIL terlantar sakit. memang aku terasa sangat nak makan air tangan dia.Tak berani pulak aku nak cakap depan dia. mesti dia sedih sebab tak dapat nak masak untuk anak menantu thn ini.

( kredit kpd empunya gambar)
Selalu aku request kat mak untuk letakkan buah nangka dalam bubur assyura. tapi, mak reject sebab ramai org yg tak leh makan nangka. huhuhu... aku memang teringin nak makan bubur assyura letak buah nangka. Sapa la nak masak utk aku.

Kalau nak buat sendiri tak pandai + malas nak belajar. cuma tahu nak telan jer. hikssss.

Harap harap tahun ni mak tunaikan permintaan aku. kalau dapat makan semangkuk pun jadilah. janji ada buah nangka.

5 comments:

  1. aku suka yg jenis bgkang gk..x mau yg cair x suka...mak aku dl ada la buat geng2 taman...skrg x de dh le..huhu...tmbh2 arwah mil pon dh x de...huhu

    pstt; aku ada tag hg...GA kalu rajin buat le...

    ReplyDelete
  2. mengidam eh..hahahahah
    aku plak x suka yg bengkak xleh msok
    suka yg cair cam bubur tu...

    sian hang..kalo la mil hang bc ni sure dia pun sedih hang kempunan nak mkn asyura dia...

    ReplyDelete
  3. akak kurang laa ngan bubur asyura tp makan waktu dh tak jadi bubur ni...hehe..
    tp kalo masjid dh bg hantar ke umah..akak makan gak ler sket.

    ReplyDelete
  4. fvret jgk ni.. mak klau buat x jd warna tue jd warna putih.. tp tetap sedap...

    ReplyDelete
  5. wei..aku mmg suka..kalau hg buat kasi kt aku sket k..cam aku lak mengidam!kakakaka

    ReplyDelete