Wednesday, December 28, 2011

Kadar Caruman Baru KWSP Majikan 2012

Baru aku sedar yang selama ni majikan carum aku cuma 11%. Pas ni bertambah la sket kadar caruman KWSP. Untuk bekalan hari tu la katakan.



Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera Kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwsp.gov.my, kunjungi cawangan KWSP terdekat atau hubungi Pusat Panggilan di 03 - 8922 6000.

4 comments:

  1. k.tie, yg I love Islam tue, nureen x leh la masuk link dia, bleh bg x link dia kat blog komen blog nureen

    ReplyDelete
  2. thanks follow saye....dh follow awk jugaks.... :)

    ReplyDelete
  3. somi akak mmg dh bg 13% utk staf dorang..tp mende ni ikut kemampuan majikan jgk laa, kan. Kalo dorang mampu nk byr yg maksimum...dialu-alukan sgt la. Kebajikan utk pekerja dorang pd hari tua nanti, hehe..

    ReplyDelete