Saturday, January 7, 2012

Peristiwa Sewaktu Bershopping

ini citer bulan lepas punya, tapi aku tak sempat update kat sini
so, hari ni free sket aku nak citer

sejak ada Aleesya ni, bila shopping jer aku akan letak Aleesya kat umah bb sitter
Bila dah selalesai menyoping, baru aku pergi ambik


kali ni, aku bawa Aleesya sekali pergi shopping
Shopping ngan siapa? hahaha.. ngan bb sitter
mcm mana nak tinggal, sebab bb sitter pergi shopping
aku ikut dorang pergi beli peralatan sekolah

untuk Amirul, papa dah beli semuanya
so, aku pergi cuci mata jer

letih sangat si Aleesya tu sampai tertidor
aku nak citer ttg org kita yg tak sensitif dengan penyusuan ibu ni
bukan nak mengata, cuma aku nak org di luar sana terutama kaum ibu dan ORANG ISLAM.
harus sedar tentang perkara ni

ok, aku memang nak menyusukan Aleesya, tapi kat Bukit Jambul ni tak de tempat untuk menyusu. tak kan nak menyusu anak dalam tandas?
tak mcm TESCO yang memang menydeiakan bilik untuk penyusuan.
hmmm... org asing pun sensitif ngan penyusuan ni
kenapa org tempatan terlepas pandang

ini kak Mira ( Budak pandai tau, PMR 7A) anak bb sitter. kakak ngasuh Amirul

ok, berbalik pada cerita aku. Semasa sedang shopping tu, aku nampak satu kedai
kedai jual jubah, tudung & peralatan untuk kegunaan org ISLAM aje
pemiliknya pun sudah tentulah org ISLAM.

Dalam hatiku hanya terdetik, dia ni org islam tentu dia lebih faham.
Makanya aku pun minta izin untuk masuk ke bilik persalinan untuk menyusukan Aleesya
korang tau apa dia jawab kat aku

"Ooooo.. Tak Boleh, tak boleh.. kalau adik nak menyusu, duduk je kat kaunter ni"
aku terkejut!! dengan bertudung labuh cenggitu, kau boleh selamba je suh aku duduk depan kaunter nyusukan anak!!!!


Baik tak payah, kalau nak nyusu depan kaunter, lebih baik aku duduk kat KFC ke, MC D ke selak baju nyusu terus. betul tak?
aku pun bukannya biol sampai cenggitu nak main selak je depan org ramai.

ini bb sitter. mak ngasuh Amirul

then, bb sitter kesian kan Aleesya yang kelaparan tu. Tak pe la T akak lindung. susukanlah Aleesya tu. Aku ada bawa susu dalam botol. tapi Aleesya tak nak.

biasala budak kecik tu, kalau nampak aku jgn harap dia nak minum botol. nak direct ker.


ini Huzaifah (abg jai) memang kamcheng ngan Amirul.

Naluri seorang ibu ni, akan mencari jalan jugak untuk kenyangkan anak. betul takj?
last, aku jalan laju jerk, ke KAMDAR. masuk je kamdar aku terus masuk ke bilik persalinan tu dan susukan Aleesya. hmmm... puas Allesya dapat minum susu

Dalam hati terdetik " Syukur padamu ya Allah, kerana menyediakan ruang ini untukku menyusukan anakku"

Amirul dah mula boring sebab lama sangat kami shopping. dia pun ngantuk
Bila dah selesai semua kami pun pulang.


Nota:- kepada kakak tudung labuh tu, aku berdoa agar perniagaanmu lebih maju dan semoga allah membuka pintu hatimu. amin...

9 comments:

  1. sian alesya..yg akak jubah tu satu..ko x simpati ke..xde belas kasihan or xde moral or xde otak ke..pikiaq la skit tuhan bg akai...sakit ati aku org cam ni..tu lah kalo xde pengetahuan psl bf ni kan..payah...
    kt negara kita ni certain2 tmpt jek ada tmpt nk bf..tp kan T..kalo ko nak kuo jln2..lg2 alesya nk susu..ko pki ler tudung labuh skit..or pki baju bkk tgh or tepi..sng nk menyusu..atau ko beli kain penutup ada jual...aku ada ko nak x? sng nak cover anak susu kt mn2 pun boleh xyah cr tmpt persalinan dah..huhuhu sian alesya auntie ni

    ReplyDelete
  2. tak baik lah akak tudung labuh buat macam tu...kalau bagi ruang pun bukan luak apa2 pun...
    langsung tak prihatin..sian aleesya

    ReplyDelete
  3. mmg sedih kalu jumpa org sebegitu..
    bertambah sedih bila kenangkan betapa peritnya cabaran kite untuk menyusukan anak zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  4. susah gak kan...hang kena beli yg kain utk cover ms penyusuan tue..nama apa ntah owg dok panggil..

    ReplyDelete
  5. Tu ler manusia...kkdg org bkn islam lagi faham psl perkara ni...

    ReplyDelete
  6. El- Kain pebutup tu memang ada jual. tapi aku tak beli. ko pun tau kan, baby bila nyusu dia mesti nak selak baju kita.

    sama je, kalau dok bungkus gitu dia pun rimas. anak hang ada selak selak tak?

    ReplyDelete
  7. letams- betul tu, memang susah zaman sekarang ni kalau nak nyusukan anak. tak mcm zaman mak mak kita dodulu.

    ReplyDelete
  8. eita- tu la kan, memang tak luak kalau dia izinkan. takkan saya nak mencuri ke hapa ke. kalau saya nak mencuri takkan saya mintak izin tul tak?

    ReplyDelete
  9. Gieyana- kalau ada kain tu pun aleesya selak jugak baju aku ni.

    biasalakan kalau dok selubung gitu dia pun panas & tak selesa.

    ReplyDelete