Wednesday, February 1, 2012

Siput ape nama ntah

Meh sini nak citer ttg makanan kegemaran aku masa kecik kecik dulu
tapi sekarang ni memang susah nk dapat.

Aku panggil sput pahit ( pait)
korang panggil siput apa ni?
Masa kecik dodulu aku suka pergi kat caroq /katoq( aliran air dari air terjun Puncak Janing)
ala.. lebih kurang mcm anak sungai yg kecil kat kebun buah buhan tu..

selalu aku pergi kutip siput ni ngan abang abang aku, selalunya hari jumaat leh dapat banyak
sebab org kata " SIPUT PERGI SEMBAHAYNG" hehehe
makanya berketonggek le siput ni kat atas batu batu yg terdapat di dalam air

kg aku kawasan bukit, sesapa yg kawasan sawah padi tu, leh jumpa siput ni di dalam sawah
jgn tersilap terambik gondang udah le. sebab anak anak gondang tu
nampak lebih lurang je ngan siput pait ni.

Masa pergi umah ayah tempohari, hubby pergi menjala siput ni
aku tak dapat nak join, sebab kena jaga Aleesya
walhal dalam ati membuak buak nak ikut hubby pergi tangkap siput ni
nak imbau kenangan kecik kecik dulu

masa kena pukul ngan mak sebab balik time senja, terlebih excited cari siput ni
hehehe...

Lepas dapat siput ni, kena rendam dulu dia dengan beberapa tangkai cili kering
supaya siput ni muntah semua kotoran.

pas tu kena ramas ramaskan dengan menggunkan daun serai
kat umah aku mana ada pokok serai
so, aku pergi kat kedai sayur maknya dekat pantai sinun
aku mintak beli 2-3 batang serai pas tu mintak daun nya berlebih lebih hehehe..

kalau dulu aku suka ambik daun serai dia utk buat mandi sauna
tapi sekarang tak leh nak bersauna bagai. takut Aleesya plak termasuk dalam periuk sauna.

bukan aku saja yg suka siput ni
hubby pun sama, dia tolong aku kacipkan bahagian punggung siput tu
kalau tak kacip. ko sedut sampai tertanggal gigi pun
isi siput tu tak kan keluar.

hubby pilih yg kecik kecik je, dia ckp kalau yg besar ada anak dalam tu


kacip ni memang tersedia ada kat umah aku, sebab aku ni kekadang tu gatal mulut jugak nak mengunyah pinang.ngeeee

proses nak mencuci sampai mengacip tu memakan masa yang lama.
sebab kena pastikan siput ni bersih dari lumut lumut yg terlekat di badannya.

Ada jugak yang ckp makan siput ni di kategorikan sebagai makanan "EKSOTIK"
hmmm.... betul ke? tak kisah la kan, janji aku suka


at last aku dapat menyiapkan masak lemak cili api siput pait. time sedut tu yang best
sroottt.. srooott.. kami 3 beranak dok sedut.

Bila terpandang je siput ni kat dalam pinggan, terimbau la kenangan aku masa zaman hingusan.
aku & abang abang beselut, berdaki badan pergi cari siput ni
sambil kutip siput sambil main air
kekadang menangis, kekadang tertawa..

kalau diizin masa aku nak meniti laluan tali air yang jadi tempat kami bermain dulu
jatuh bangun kami di sana...
tetiba aku terasa begitu indah kasih sayang abang abang ku terhadapku..
ke hulu kehilir dorang bawak aku, walaupun aku ni pompuan.ngeeee

3 comments:

  1. kalau siput sedut, kty mmg suka .
    siput yang ni lom pernah terai

    ReplyDelete
  2. siput sedut ke tu
    hat ni siput hat kecik2 tu eh
    aku x mkn
    tp laki aku kalo bab siput2 mmg kegemaran dia..kalo bab2 nak msk tu malaih beno nak cuci hahahaha

    ReplyDelete
  3. siput jenis ni akak taknah makan lagi..kalo siput jenis balitong tu mmg akak makan ler..

    ReplyDelete