Wednesday, September 19, 2012

Dugaan Yang Hebat ketika Bersalin

fuh... baru dapat kekuatan auntuk aku sharekan kat sini kisah Kak Long.
Ok. Actually Kak Long juga seperti wanita wanita lain
seorang isteri dan juga harapan untuk menjadi seorang ibu.

Sepanjang tempoh mengandung, Kak Long mempunyai sympton mcm aku jugak la
susah nak bergerak bebas. kekadang sakit kat kaki sebab tak boleh nak jalan
Kandungan Kak Long telah pun mencecah 41 minggu, 
pemeriksaan akhir oleh doktor dan keputusannya adalah
Kak Long perlu melahirkan anak secara pembedahan.

Kami kat umah sekali ngan BB sitter dok menunggu la
biasalakan orang belah perut bila beranak
tunggu la nanti baby boleh la tengok.

Hari sabtu petang tu 15/09/2012 tetiba kami dapat call
Kak Long  di masukkan ke ICU
kerana berlaku pendarahan yang teruk
Jika pendarahan tidak henti, mungkin akan ada pembedahan lagi

Masya Allah begitu besar dugaan.
tatkala Kak Long di dalam ICU
anaknya pula terpaksa di masukkan ke dalamICU
penafasan bayi kena di beri bantuan oksigen

Ya Allah... ujian apakah ini?
sudahla isteri di ICU, anak pulak di dalam ICU duduk dalam  incubator
tatkala wayar bersirat di hidung dan mulut isteri
wayar bersirat juga di mulut dan hidung anak

Hanya kata kata semangat yg dapat aku berikan tuk suaminya
pagi petang siang malam, berulang alik dia ke Hospital

Hari isnin
Kak Long dah boleh bukak mata
kemudian dia menulis nulis di telapak tangan suaminya
Nak sangat dia tengok anaknya
Ya Allah.. naluri seorang ibu
mesti la sayu kan, bila dah melahirkan tak dapat pula melihat mahupun menyusukan anak

menggunakan gerakan tangan dia nak lihat wajah anaknya
Suaminya ada snap photo anak
tapi tak sanggup dia tunjukkan kepada Kak Long
memandangkan keadaan anaknya bersirat dengan wayar

Ahad malam tu, Doktor ada call jam  11.00 mlm, suruh suami datang ke Hospital
ada hal rumit yg perlu di bincangkan
Hal ini tidak pula di beritahu, menjadi rahsia antara dia dan Doktor saja
biarlah kan.. aku faham keadaannya.

Tadi , suaminya ada bagitau yg doktor ada ambil sampel susu Kak Long
nak test sama ada sesuai tak untuk anak dia minum.
harap harap sesuai la kan.
sian anak tu, belum lagi minum colostrum ibunya, 

Tadi doktor ada panggil baby sitter ( Mak Kak Long) suruh datang 
mungkin dorang nak BS tolong pumpkan susu Kak Long kot
aku agak je lah, 


Bila aku fikirkan kembali, ku rasa sangatlah bersyukur
sehebat mana dugaan yg kutempuh ketika melahirkan anak anakku
termasuklah keguguran semua tu
tak sehebat mana pun jika di bandingkan dengan dugaan yang Kalong hadapi.


Sama samalah kita berdoa agar Kak Long cepat sembuh dan dapat menyusukan anaknya septi ibu ibu yang lain juga.

8 comments:

  1. moga Kak Long cepat sembuh dan keluarganyer diberi kekuatan utk menghadapi dugaan ini ye wantie

    ReplyDelete
  2. sayu hati baca cerita kak long ni kak.. moga mereka semua tabah ...

    ReplyDelete
  3. ya Allah kesian kakLong ..masih di ICU ya..? moga beliau cpt recover.InsyaAllah.kasi beliau semangat selalu.

    sy pun sdg menunggu hari..nervous, risau, teruja semua perasaan bercampur-baur..almaklum 1st baby

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sayu la aku dgr...bsr tul dugaan dn pgorbanan Kak Long ank BS hg....

    yg bleh aku tlg..doakan semoga kak long dh bb dier cept sembuh...semua ni ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  5. Byk betul dugaan yg dihadapi Kak Long.. Moga dia dan baby cepat sembuh.. dan dpt menjalani kehidupan yang bahagia.. insyallah

    ReplyDelete
  6. semoga kaklong cepat sembuh,dan baby pun sihat..amin

    ReplyDelete
  7. YA ALLAH...Kau ringankanlah bebanan mereka ini..

    ReplyDelete