Tuesday, September 11, 2012

Girl seat for UPSR 2012

Semalam received SMS dari biras aku yang berbunyi begini:-
T, esok Girl exam UPSR, tolong doakan untuk dia yer
anak sedara suami yang perempuan tu, si Girl nak duduki UPSR hari ni

  
 aku punjust reply ok.
then remind husband suruh dia doakan untuk anak sedaranya juga
selitkan le sikit doa tu disamping doa tuk diri sendiri bila lepas sembahyang nanti
tak susah pun kan..

 
Memang anak anak sedara husband ni bijak bijak semuanya
tapi tak tau la yang perempuan seorang ni
2 orang lelaki dah masuk UPM & UITM
yang lelaki ke 3 tu ada kat MRSM
yang ni yang ke empat la...

Harap harap briliant otaknya mcm abang abangnya jugak le.
 

Bila aku nak berdoa, tetiba aku rasa mcm pelik la pulak
ish.. selalu panggil dia Girl je
apa nama penuh dia ek?
Tak kan nak sebut girl pula dalam doaku.

Last, cuma sebut anak saudara perempuan suami je la dalam doaku.
Pas tu call Biras & tanya nama penuh
Namanya kemain Cantik Lagi
Siti Nor Afrina Alani

Ha.. masa solat isya' & subuh tadi baru leh guna nama tu tuk berdoa.
haish,.. ni le kalau suka letak nama samaran kat anak anak


*Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang, kau mudahkan segala urusan peperiksaan UPSAR kepada Siti Nor Afrina Alani B. Nazri di hari peperiksaannya.
Kau lapangkan dadanya, kau tenangkan hatinya untuk menjawab soalan dengan penuh yakin dan betul.
semoga beliau peroleh kejayaan yang cemerlang. amin...*

6 comments:

  1. gud luck pd student yg amik UPSR...

    ReplyDelete
  2. gd luck utk student yg amik upsr..:-)

    ReplyDelete
  3. sedap nama dia...tp naper yg ni dipanggil girl?? sebab dia sorang jer ke anak pempuan?? atau sebab dia yg bongsu??

    ReplyDelete