Friday, November 2, 2012

Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

Isteri solehah 

 
Sukar diakui, tetapi satu hakikat yang perlu diterima adalah isteri yang solehah sebenarnya kunci utama kebahagiaan hidup berumah tangga. 
 
Bukan niat mahu memihak kepada kaum Hawa. Tanyalah pada mana-mana kaunselor sekalipun termasuk kaunselor lelaki, pasti semuanya mengakui, isteri adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.
Imbas semula asal usul kejadian manusia. Allah menciptakan Hawa sebagai teman hidup Adam apabila 

Adam mengadu dirinya keseorangan dan kesepian dalam syurga.
Sebab itulah juga, alim ulama mengatakan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Wanita solehah adalah wanita yang menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Malah, jika wanita itu seorang isteri, beliau isteri yang taat kepada suaminya selagi si suami tidak menyuruhnya melakukan kemaksiatan kepada Allah dan tidak melarangnya daripada melakukan suruhan Allah.
 
Ya sesungguhnya, isteri merupakan kunci kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mendatang dalam rumah tangga, sekiranya si isteri bersabar, bukan sekadar bersabar, tetapi berdoa memohon pertolongan Yang Maha Esa, insya-Allah, akan tiba masanya kebahagiaan yang diinginkan akan menjelma di depan mata.
 
Tiada yang mustahil kerana memang diakui, wanita bukan insan yang lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang hebat, tetapi sukar dilihat.
Lantaran, saya menyeru kepada semua wanita bernama isteri, anda penentu kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. 

Peranan anda penting! Jika sayangkan perkahwinan, lakukan peranan anda dengan sebaiknya dengan diiringi doa. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengurniakan.

9 comments:

  1. amin...semoga kita mampu menjadi isteri yg hebat dan menjadi tulang belakang suami kita. insyaAllah.

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. salam sis...

    Thanks sudi kongsikan...
    oh ya.....pekabar sis...lepas mjumaat tirana aduka singgah sini....

    ReplyDelete
  3. betol3... tq yer berkongsi :)

    ReplyDelete
  4. betoiler tu.. wanita ni nampak lemah tapi semangat dia kuat... sebab tu benda remeh2 lerh bagi kat pompuan...
    harap kita dapat membina kekuatan untuk menjadi isteri solehahkan..

    ReplyDelete
  5. Harap dapt jd isteri yg terbaik pada suami..insya allah

    ReplyDelete