Isteri solehah
Sukar diakui, tetapi satu hakikat yang perlu diterima adalah isteri
yang solehah sebenarnya kunci utama kebahagiaan hidup berumah tangga.
Bukan niat mahu memihak kepada kaum Hawa. Tanyalah pada mana-mana
kaunselor sekalipun termasuk kaunselor lelaki, pasti semuanya mengakui,
isteri adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.
Imbas semula asal usul kejadian manusia. Allah menciptakan Hawa
sebagai teman hidup Adam apabila
Adam mengadu dirinya keseorangan dan
kesepian dalam syurga.
Sebab itulah juga, alim ulama mengatakan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Wanita solehah adalah wanita yang menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Malah, jika wanita itu seorang isteri,
beliau isteri yang taat kepada suaminya selagi si suami tidak
menyuruhnya melakukan kemaksiatan kepada Allah dan tidak melarangnya
daripada melakukan suruhan Allah.
Ya sesungguhnya, isteri merupakan kunci kebahagiaan sesebuah
perkahwinan. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mendatang dalam rumah
tangga, sekiranya si isteri bersabar, bukan sekadar bersabar, tetapi
berdoa memohon pertolongan Yang Maha Esa, insya-Allah, akan tiba masanya
kebahagiaan yang diinginkan akan menjelma di depan mata.
Tiada yang mustahil kerana memang diakui, wanita bukan insan yang
lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang hebat,
tetapi sukar dilihat.
Lantaran, saya menyeru kepada semua wanita bernama isteri, anda penentu kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Peranan anda penting! Jika sayangkan perkahwinan, lakukan peranan
anda dengan sebaiknya dengan diiringi doa. Dia Maha Mendengar dan Maha
Mengurniakan.
amin...semoga kita mampu menjadi isteri yg hebat dan menjadi tulang belakang suami kita. insyaAllah.
ReplyDeletethanks for sharing :)
like entry... (",)
ReplyDeleteBETUL TU,BUI SETUJU..^_^
ReplyDeletenice ~
ReplyDeletesalam sis...
ReplyDeleteThanks sudi kongsikan...
oh ya.....pekabar sis...lepas mjumaat tirana aduka singgah sini....
betol3... tq yer berkongsi :)
ReplyDeletebetoiler tu.. wanita ni nampak lemah tapi semangat dia kuat... sebab tu benda remeh2 lerh bagi kat pompuan...
ReplyDeleteharap kita dapat membina kekuatan untuk menjadi isteri solehahkan..
sama2lah kita cuba yg terbaik ye
ReplyDeleteHarap dapt jd isteri yg terbaik pada suami..insya allah
ReplyDelete