Thursday, November 29, 2012

Silalah Berkenduri 4-1

Semalam memang sibuk, nak call Amirul kat kg pun tak sempat
sebab.. ada tempahan coklat beratus ratus biji aku kena buat

Aleesya plak tak sihat rindu kat abang, demam on and off je
husband best la, sebab  dia boleh nonton bola sepuas hati.

Sambil nonton, dia dok ckp
" Hai.. kejap lagi boleh kenduri coklat le"
ada la tu nak ngap coklat yg aku tengah gigih buat ni..

masa syafiq rahim jaring gol tu, seronok la kami
aku kat dapur pun tersengih sengih.. wow la mcm mcm bunti
jiran seblah pun apa lagi ketawa jerit jerit..

bila time Laos jaring gol, yg memang tak jangka tu
mula lah mood jadi down. rasa mcm coklat yg aku buat tu tak de seri dah...

Si Safi Sali tu pun satu, asyik miss je nak jaring gol
Dah le Hasbullah dok ckp peluang terlepas 
then kita kena menang game ni. 
aku lak yang jadi stress...


Bila saja Malaysia sumbat gol lagi dan lagi..
Satu perumahan ni aku leh dengar bersorak kegembiraan

pas tu aku selamba le jawab kat hubby
Jangan nak mimpi kenduri coklat K, kenduri la gol tu puas puas
Nampak sangat muka my hubby tu happy...

Ye la, aku asyik dok ckp
" kalau papa tengok bola mesti kalah, kalau papa tak tengok
last dapat result Malaysia mesti menang punya"

ternyata anggapanku selama ini adalah palsu belaka.


BTW. Tahniah Sang Harimau
Kamu dah Bangkit..













Note: heboh apa pulak kat FB ttg bola. nanti kita Bongkar !!!

8 comments:

  1. berdebar2 tngk bola semalam.. Alhamdulillah, harimau masih mengaum

    ReplyDelete
  2. dan tengok masa 1-1 tu je...pastu hanyuttt...hubby tgk sorg2 hihi

    ReplyDelete
  3. bila seri mula2 tu rasa cuak jugak hehehe

    ReplyDelete
  4. mm....orang kutuk2 marah2 bila kalah dan seronok bila menang tu..adatlah, tu disayangi ler maknanya.

    ReplyDelete