Wednesday, November 14, 2012

Tabasco Sos.

Sebut betul betul.. Tabasco..
Tabasco ok bukan Tobacco
Selalu juga kalau kita mkn kat western food ada sos ni


PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company. 

Mungkin sebelum ni ada yang ragu ragu tentang sos ni
sekarang boleh bernafas lega....

Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.


Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga-tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan. Ia kini boleh didapati di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.


7 comments:

  1. lega






    leh terjah nandos la lepas ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan dengan sos ini. Pernah la tengok tapi tak terliur plak nak cuba.. selalu sos cili jer.. :)

    ReplyDelete
  3. suke yg hak garlic tu
    konfirm meletup mulut klu terlebih amik
    ahaha

    ReplyDelete