Thursday, December 20, 2012

Kamera pintar Samsung Galaxy

Bagi mereka yang tercari cari kamera yang sesuai
rasanya berbaloi kalau dapatkan sebuah kamera pintar samsung galaxy.

PELANCARAN kamera pintar Samsung Galaxy baru-baru ini membuktikan bahawa Samsung, jenama global terkemuka dalam media digital dan teknologi penumpuan digital sentiasa komited dalam menawarkan gajet idaman pengguna.
Revolusi komunikasi visual dapat dilihat melalui rekaan peranti istimewa yang diyakini mampu mencuri tumpuan penggemarnya.
  

Dikenali sebagai Connected Camera, ia menggabungkan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi dengan kebebasan sambungan internet 3G dan WiFi yang dikuasakan oleh platform Android 4.1 (Jelly Bean).

 

Kini, sebaik lensa kamera merakam sesuatu imej, ia boleh terus dimuat naik ke laman sosial kegemaran masing-masing seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Selain menyediakan aktiviti merakam imej, kamera Samsung Galaxy turut membolehkan pengguna menyunting gambar atau video sebelum dikongsi bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan dengan satu langkah mudah.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, pengenalan terhadap kamera Samsung Galaxy menunjukkan betapa teknologi kamera kini telah berubah dengan pantas.
 

"Kami telah berjaya menembusi tembok kebiasaan bagi penggunaan teknologi kamera konvensional. Menerusi gabungan Unit Telefon dan Perniagaan Imej Digital, Samsung berjaya menghasilkan sebuah kamera yang menepati cita rasa semua," katanya.

Bagi mengelakkan aktiviti pelayaran internet menerusi kamera itu menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding.

Justeru, jangan ketinggalan untuk meneroka keseronokan menggunakan peranti serba canggih ini yang dijual pada harga yang amat berpatutan. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Note: Harga Kamera Pintar Samsung Galaxy RM 1,899.00



11 comments:

  1. suker brand samsung..hp saya dah hampir 3 tahun ..jatuh , tercampak..touch screen tp tahan

    ReplyDelete
  2. skang ni sume nk pintar kan??? x terkejar ngan dunia teknologi ni.... mampu tgk je la....:)

    ReplyDelete
  3. wahhh....aku agak hg sure nk amik camera ni kan? hehehe...

    ReplyDelete
  4. Sepintar harganya. Macam best jer camera ni.

    ReplyDelete
  5. wah..geramnya tengok kamera ni....

    ReplyDelete
  6. mak aihh, hrga dia sama macam sy beli nikon D3100..

    ReplyDelete
  7. menarik nih..tp for me aq x beli kot cmni...ekekek...:-)

    ReplyDelete
  8. best mmg best...
    tapi payah jgk ek...kalo rosak kamera, atau rosak lens kamera tu takleh nk kuar masuk...nk kena hantar hp sekali ler repair ye...mm..

    Takpelah...perkara ni biar pihak samsung urus, hehe..

    ReplyDelete
  9. nak satu.. tengok iklan dia best, lagipun inilah yang akak mahukan... senang..

    ReplyDelete
  10. saya pun ada tgk pasal kamera ni di buletin utama semalam..wah, canggih tul..kalau dpt hadiah benda ni best nyerr

    ReplyDelete