Wednesday, December 19, 2012

Kawal harga susu formula bayi


 
Korang perasan atau sedar tak sekarang ni
haraga barangan memang melambung lambung
aku ni dalam sebulan, sekali atau dua kali je buat big shopping barang barang dapur 
sebab 70% barang dapur kat rumah tu hubby yang belikan.

Kalau aku terjah tesco ke hape ke, cuma nak belikan lagi 30%
barangan yang hubby tak beli.
mcm garam le, gula le, rempah dan segala mcmlah
kekadang tu saja beli buat stock. hehehe...
tak de la banyak sebab tak de gudang pun kat umah tu. ngeee..
 

Tapi kan, belanja benda remeh temeh tu pun boleh cecah sampai 200 hengget tau
berapa le my hubby spend selalu utk 70% barang dapur tu ye..
walaupun ada baby kat umah aku tak de lah kritikal sangat nak shopping barang baby
pertama- baby aku memang menyusu badan sepenuhnya
kedua- Pampers tu aku sulam dengan dypers cloth

memang jimat.

 

Dua hari lepas, aku tonton awani ke apa ke ntah le, lupa pulak
Masyarakat kita ni sedang mengalami satu fasa yang amat kritikal
di mana harga susu tepung melambung tinggi
seingat aku le, 7 Tahun lepas harga susu baru 40-50 ringgit je
sekarang dah sampai 90-100 ringgit
fuhh... aku tak perasan le harga tu sebab aku tak ambil kisah pun
memandangkan aku menyusu badan,

Tapi kan.. kalau ALeesya dah 2 tahun, takkan nak menyusu badan lagi
mestilah aku kena bagi dia minum formula milk.
then lagi 8 bulan, aku juga akan mengalami masalah ini
betul tak?

Wahai.. kerajaan yang baik hati, yang prihatin yang comel
Yang sangat concern rakyat
intan payung, ala bucuk bucuk. silalah lakukan sesuatu..

Aku sangat bimbang, bila harga meningkat akan ada pasaran gelap
yang menjual susu tepung.
ala.. mcm rokok tu.
 
tolonggggggggggggggggggg

Wahai kerajaan yang baik hati jiwa raga..
sila la beri subsidi yang relevan untuk mengawal harga susu ini
tolonggggg... tolonglah....
demi anak bangsamu..

KLIK Sini untuk Keluh kesah rakyat 
terhadap  harga Susu Formula

Note: Suaraku mewakili semua



12 comments:

  1. Oh...risau jg ni.. Ank sulung masih lagi minum susu, adiknya mungkin kena campur susu juga januari nanti
    .

    ReplyDelete
  2. walupun kiter x ada anak,.. tapi tetap tolong risau..

    ReplyDelete
  3. Memang sangat-sangat ngeri ngan harga barang sekarang ni!

    Nasib dah tak de anak yg menyusu lagi!

    ReplyDelete
  4. itulah..
    macam mana la plak harga susu nanti lima tahun lagi?

    ReplyDelete
  5. mmm... mmg dh lama dok beli susu harga mmg gitu huhuuu

    ReplyDelete
  6. betul tu... takkan nk bg bf sampai besar,

    ReplyDelete
  7. Untung kan menyusu badan, kat Malaysia mmg product tenusu mahal yang amat, gomen tak leh subsidi ker barang2 baby ni.

    ReplyDelete
  8. iye lah...susu kat negara kita ni semuanya diimport. Kot ada yg membela lembu susu pun...ia bkn utk buat susu formula...cuma utk susu jual dlm botol tu aje...nk minum kena masak atas api dulu...dan leh buat dadih jgk, hehe..

    ReplyDelete
  9. Mmg pun...jgn kata susu je mhl...semua brg sekarang pun mahal... mcmana ank2 kita d zaman akan dtg kan...

    ReplyDelete
  10. seb baik lah xde anak2 kecil harga susu yg tak tahan tu

    ReplyDelete
  11. erm, bukan susu je yang naik kak..semua barang pun hrga naik.. pening2..sy yng bukan kaki shoping pun susah nk yimpan..

    ReplyDelete