Monday, December 31, 2012

Suspek rogol wanita bakal berdepan hukuman mati

Sejak akhir akhir ni semua channel news kat TV dok citer tentang
budak perempuan yang dirogol bergilir gilir dalam bas
dan di campak keluar. sedih kan..

Memang gembar la kes ini sehingga berlaku tunjuk perasaan di India
yang menuntut pembelaan terhadap kaum wanita.
kejam betul pemjenayah itu.


Di katakan gadis tersebut keluar dengan teman lelakinya, kemudian
mereka di datangi dengan 6 orang lelali ( memang 6 jahanam)
telah memukul teman lelaki gadus tersebut. Kemudian mereka merogol gadis tersebut bergilir gilir
kemudian mereka mencapkkan wanita tersebut keluar dari Bas.
 

Memang hati binatang. Korang memang Setan!!!!

BACA INI
v

v

v

NEW DELHI 30 Dis. - Enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang pelajar perubatan wanita di sini dua minggu lalu didakwa atas tuduhan membunuh yang boleh membawa kepada hukuman mati.
 
Selain itu, kesemua suspek turut didakwa atas pertuduhan memukul dan merogol secara berkumpulan.
Kertas pertuduhan ke atas suspek difailkan polis semalam beberapa jam selepas wanita malang itu meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas mendapat rawatan di situ.
Jurucakap polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata, enam suspek itu jika disabitkan kesalahan bakal berhadapan dengan hukuman mati.
 
Tragedi ke atas pelajar wanita itu mencetuskan bantahan besar-besaran di India sejak pertengahan bulan ini apabila penunjuk perasaan mendesak kerajaan meningkatkan perlindungan hak ke atas kaum wanita.
Pada masa yang sama, kes itu juga ‘membuka mata’ India untuk berhadapan realiti yang selama ini sering menyalahkan wanita terhadap jenayah seksual sehingga memaksa mereka berdiam diri.

Malah, polis juga difahamkan enggan untuk menerima laporan daripada wanita yang berani melaporkan kejadian itu dan kes pendakwaan yang ada pula akan meleret sehingga beberapa tahun.
Mayat wanita itu yang diterbangkan menerusi satu penerbangan khas akan dibakar di New Delhi sejurus tiba dari Singapura. - AGENSI
 
Note: Memang wajar di hukum mati.

8 comments:

  1. mang patut pun dihukum ngan hukuman yg setimpal...

    ReplyDelete
  2. Mmg jahat betul.. Xberperikemanusiaan langsung..

    ReplyDelete
  3. aha ada tgk gk news ni..kejam...

    ReplyDelete
  4. takutnye jd kaum wanita di india....

    ReplyDelete
  5. scary kan, harap kita jauh dari orang2 takder hati perasaan macam tu.

    ReplyDelete
  6. moga terima balasan setimpal kekejaman mereka yg berhati binatang ni

    ReplyDelete
  7. mmg gempaq berita ni..
    giler betul yg buat tu..coba korang yg kena..apa rasa??? gerammm!!!

    ReplyDelete