Thursday, January 10, 2013

Artis gagal guna nama Allah sebagai jenama

Ni lagi satu penyakit.Apa kes nak buat jenama produk dengan Nama "Allah"
tak de nama lain ke nak letak?
 lu apa kes beb,... saja nak wat gempak! hah.. hah..

THE HAGUE, Belanda - Seorang artis seni Belanda gagal menggunakan nama Allah sebagai jenama, kata Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP) kelmarin.

"Permohonan itu ditolak," menurut satu dokumen di laman web BIOP.
Artis seni itu, Teun Castelein menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan nama Allah sebagai jenama pada 29 Disember tahun lalu di pejabat berkenaan.

Castelein memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini.

"Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya.
Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.
Pihak BIOP enggan mengulas berhubung keputusan tersebut. - AFP

Note: Saja nak cari pasal.

12 comments:

  1. tu la suke sgt yg pelik2 pasal pe?

    ReplyDelete
  2. memang sengaja nak cari pasal..da x da nama lain...:)

    ReplyDelete
  3. mungkin orang tu terlalu kreatif kot... huhu

    ReplyDelete
  4. walaupun ada golongan yg tak percaya ngan Allah yg Esa....tp dorang adalah makhluk ciptaan Allah jua.
    Bersyukur dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad s.a.w yg beragama Islam...Alhamdulillah...semoga tetapkan iman kita semua.

    ReplyDelete
  5. semuanya nak mencabar kesabaran umat Islam...

    ReplyDelete
  6. dah xdak idea lar tuh..
    xpon nak tarik publisiti..

    ReplyDelete
  7. ISK..sakit hati dengar ni!..
    dah takde nama lain ke nak guna selain ALLAH..
    tak patut & harus di tentang!!

    ReplyDelete
  8. macam2 orang sekarang ni..macam takleh berfikir plok

    ReplyDelete