Tuesday, January 15, 2013

You... ada yang minat kat I.


 
 
Sebelum ni pernah terjadi sekali.
Masa Amirul umur 2 tahun. Masa tu aku terlihat kelibat si dia dekat tandas Hospital
cuma rasa mcm nampak orang tapi tengok sekali lagi dah tak de.
 

itu cerita 6 tahun dulu. Tapi ini cerita terbaru aku.
Pada tarikh 10/01/2013 aku rasa sakit kepala mcm Migrain
kebetulan hari tu aku memang cuti sebab nak bawa Aleesya ke Klinik. ( cucuk)

balik dari klinik aku sakit kepala sesangat. tak tahan.
makan panadol. tidur, tak hilang jugak
mula sakit kat dahi. pas tu sakit kat mata pula.. macam nak tersembul keluar mataku ini
Aku gosok gosok sambil berwirid. 
dalam sejam mcm tu sakit pulak kat pipi aku ni. 
mula la sakit gigi mcm nak luruh semua rahang atasku .

Makanya aku mula syak yg ada yang tak kena. sebab sakit ni boleh main lari sana lari ni
Aku pun ajak le hubby ke klinik Dr. Zainal kat Sungai Nibung tu
sebab sebelum ni pun aku pergi ke sana
sampai kat sana.. Dr. chek temp. aku, check tekanan darah semua
Amazing.. semuanya NORMAL.
kalau badan aku panas, mesti aku sakit tekak dan telinga juga
ini tidak. cuma bahagian mata dan rahang gigi je
nak kata sakit gigi.. gigi aku elok je.
   

Then Dr. Zainal tanya aku apa aku mimpi semalam
memang la aku ada mimpi yg aku kat rumah usang bersawang je umah tu
rumah plak rumah papan. rumah tu kaler HITAM..
semua perabut, TV dan dapur jenis barangan dodulu.
Pas tu Dr. tu ambil sebiji telur. dan kat telur tu aku nampak ada jarum tertanam
Pastu dia suruh aku oleskan ke pipi, mata dan muka aku sebanyak 7 kali
kemudian telur tu di bungkus kemas dan di buang.

rasa sakit kat mata ni kurang sikit tapi masih sakit la..
then, dia ada bagi Air Yasin.
aku kena minum 1/2 petang dan 1/2 lagi pagi esoknya
kalau minum air yassin ni aku muntah, tandanya penyakit tu keluar.katanya le.
Aku pun minum.. tak sampai 2 minit aku terus muntah muntah
doktor suruh aku makan pain killer selepas aku muntah
malam tu aku tidur, aku mimpi Ular Besar, Hitam . Ngeri sangat.
 then esok pagi aku minum lagi air yasin tu
Muntah lagi, tapi tak de la teruk sangat.
  

hmmm... rupanya ada yang minat kat I, you..
sebab tu la dia datang dekat dan lepak kat wajahku ini
agak agak le kan, nak lepak pun..
kalau nak lepak pergi Padang Kota la..
hahaha..


Note: Sesapa yang pernah alami tahulah betapa sakitnya
kalau ada benda tumpang kat badan..




11 comments:

  1. alamak takutbaca ni ti.. moga semuanyer ok ye !

    ReplyDelete
  2. ngeri lak aku bc weii
    rupanya ada lagi yg minat kt ang

    skun dah ok ke t

    ReplyDelete
  3. wehh..aku pon duk sakit kepala, kerap gk..

    migrain la ingt aku..sbb kdg2 smpi muntah..

    risau gk hg ceta gitu..huhu

    aku penah gk g klinik zainal tu..masa tu berubat irfan..

    ReplyDelete
  4. kesiannya kak... hope akk dah ok yerk..

    ReplyDelete
  5. adoi.. takutnya.. pandainya Dr. tu berubat ye..

    ReplyDelete
  6. ishh kat mana klinik ni.. baguishh betul doktor dia...

    ReplyDelete
  7. ?????? mcm2 dunia ni...byk mende nk kena tempuh. Lain orang lain hal nya..

    ReplyDelete
  8. ish...takutlah... melepaklah kat tempat lain...

    ReplyDelete
  9. ya Allah takutnya. apa ni tumpang tumpang ni. heissshh berderau darah I. skang dah ok ker yang?

    ReplyDelete
  10. o mcm tu pula..
    seram juga ni..

    alhamdulillah da ok juga.

    ReplyDelete
  11. Mlm td pun sy mimpi ular belit diri sy dan cuba nk patuk sy tp xkena...pe mknanya tu?

    Hishh takutla...leh lak anto2 benda camni...harap2 segalanya ok....nak tau juga...tau ke sape peminat tu?

    ReplyDelete