Wednesday, February 27, 2013

Masker wajah dengan pasir tandas kucing?

Sekali baca tajuk, mau muntah pun ada
tapi jgn amalkan amalan membaca tajuk entry lepas tu judge ok.
Baca sampai habis.

Pasir tandas kucing yang di maksudkan ialah pasir yang bersih
bukan pasir yang selepas kucing berak atau kencing
kalau nak jugak gunakan, sialakn... eden tak mau masuk campur aih..

Beeberapa orang pakar kecantikan dari Amerika Syarikat seperti Michelle Phan bersetuju bahawa  bahawa pasir yang di gunakan sebagai tandas kucing  mengandungi bentonit .

Apa itu bentonit.
Bentonit adalah sejenis tanah liat yang sering digunakan untuk rawatan wajah di spa. 
tugas bentonit ialah memainkan peranan penting dalam memberikan kesan kulit wajah yang bersih, lembut serta mampu mengecilkan pori-pori. Apabila dicampurkan dengan air, komponen tersebut akan menghasilkan sebuah 'tindakan elektrik', yang membolehkannya menyerap dan membuang toksin. 

 
Untuk mendapatkan kesan kulit wajah yang licin, bersih dan sihat, apa yang anda perlukan adalah :

Bahan Bahan 
2 sudu pasir ( pastikan ianya berwarna kelabu dan tidak mengandungi bahan pewangi)
sebab bahan pewangi boleh sebabkan radang kulit
satu sudu besar air
boleh campur agar agar/lidah buaya, minyak pati ros, jus limau ( terpulang.. nak campur ke tak nak)

cara cara
masukkan bahan campuran tadi ke dalam microwave selama 20 saat,
panaskan sekejap je. utk kembangkan pori pori wajah supaya lumpur tadi mudah meresap.

lepas tu, sapu je kat muka buat masker selama 15 minit.

lakukan berulang kali pasti wajah anda tampak licin.


* murah je pun pasir kucing berak tu. ayah aku selalu beli*
kalau nak jimat, rembat yang ayah aku punya.
hahahaha....


Note: Tanah liat sawah padi ada bentonit tak?
kalau ada, belasah tanah sawah lagi jimattttttttttttttttttt.

12 comments:

  1. betul tu lg jimat, semulajadi pulak tu...

    ReplyDelete
  2. x pernah pakai masker pun. kalau pakai pun, time pegi salun/spa buat facial. hihi

    ReplyDelete
  3. wah tq for this tips yer

    ReplyDelete
  4. macam2 cara nak cantik... kalau rajin kenalah usaha...

    ReplyDelete
  5. Muk aku pun dah ksar ni..kena pakai gak..heheh

    ReplyDelete
  6. Wahh mcm2 cara yer nak cantik.. :)

    ReplyDelete
  7. Ni barulah AJ tau..
    Tapi dah tau ni, takde pulak terfikir nak pakai kat muka..
    Kang kucing AJ gelakkan AJ pulak... =P

    ReplyDelete
  8. takpe lah...beli jer masker yg siap ngan kandungan tu lg senang kot. Wlpn umah akak ada pasir kucing tu tp rasanya takpe lah...biarlah pasir kucing tu ngan tujuan asalnya, ngee

    ReplyDelete
  9. rumah saya memang ada pasir kucing tapi rasanya tak sampai hati pulak nak guna buat masker...mau kucing2 tu marah nanti :P

    ReplyDelete