Monday, February 4, 2013

Tugasan: Perap Ayam untuk BBQ

Pagi sabtu tu, hubby ada tanya aku tentang cecara nak perap ayam
tak de la aku syak apa apa. mungkin ada org tanya kut ( dlm ati)
then petang tu, baru dia cakap yang dorang buat collection utk BBQ

So, tugas perap ayam tu, tugas dia le
budget semua 5 ekor ayam. aku pun tulis lah bahan bahan yg perlu dia beli.
malam baru nak ke Tesco beli ayam
pas tu pukul 10-11 malam baru nak balik.
dia pergi ngan kawannya je. aku tak ikut.

Sekali dia balik bawak 10 ekor ayam
ayam pulak tak potong lagi, sebab kat tesco ramai org
tak larat nak tunggu dorang potong, so beli la 10 ekor ayam tanpa di potong
walawei... 10 ekor nak kena kerat, pas tu basuh then last perap
tak tido la aku mlm ni..

sementara hubby dok potong ayam
aku wat bahan untuk perap. mesin apa yg patut.
dah selesai semua, pergi pulak cuci ayam tu

ayam dah siap di ketak bahan perap
sekarang dah mati kutu sebab peti ais tak muat
nak tampung 10 ekor ayam tu
lepas potong bagai ada la dalam 150 ketul.

last, masukkan dalam plastik besar
sumbat je dalam fridge
dah ok semua, pintu fridge pulak tak boleh nak tutup


jam dah 2.00 pagi, kami laki bini dah pening.
last, hubby dapat satu idea
tahan pintu fridge dengan tong gas
hahahaha...
kertas di lapik utk elak  fridge bercalar.

 hampir jam 3 pagi baru kami tidur
adei...


Note: time nak BBQ nanti, ada lagi satu masaelah.. hahaha...

12 comments:

  1. Walaupun ayam tu belum masak lagi....
    Terbayang2 sedapnya.....
    Hehhehehe..
    Kreatif sungguh sendal dengan tong gas..
    Hehhehe... =D

    ReplyDelete
  2. uihhh 10 ekor tk berkerat aduhaiiii mmg banyak tue.. kalau liya pun tk tettangan nk buat semua sorang2..

    ReplyDelete
  3. haaa..amikkkk...keje beso dibueknyer!
    nasib baik dpt idea spontan tu ek..kalu tak sampai pagi dok pikir cane nk simpan...hehehe

    ReplyDelete
  4. suami punya pasal sanggup ajelah

    ReplyDelete
  5. haha... sib baik hubby wantie cerdik...selamat ayam2 tu dlm peti ais

    ReplyDelete
  6. perghhh 10ekor kena potong sndiri...jenuhhhh..sib bek lah laki ang pandai potong...kena cuci lagi byk keje..sib bek cuti time tu ye

    ReplyDelete
  7. ni ler kelebihan dpt isteri rajin ke dapur, kan.. T?? hehe..

    ReplyDelete
  8. seploh ekor banyak tu nak mauat lam fridge.. mcgiver laki bini hahaha.

    ReplyDelete