Friday, February 15, 2013

Wahai Pos Laju Tersayang.....


13/02/2012 aku ke pejabat pos sebab nak pos barang yg org order
kebetulan customer aku tu org Sarawak
aku pulak tak tau yg  sampul prabayar ni tak boleh pos ke sabah dan Sarawak
aku dah lekatkan  sampul tu, bila nak bukak kena la potong
 
kerani PP tu ada cakap, lepas ni sampul ni masih boleh di gunakan.
setelah aku transfer barang dalam sampul tu ke sampul surat biasa
aku terfikir pulak. 
 
aku kan dah potong sampul ni, tentu dorang ingat aku recycle plastik ni
kena la charge lagi RM6.00 bila nak hantar kan...
 
Bila aku tanya, dorang ckp boleh guna semula.
tapi, mcm mana nak confirm yg aku memang boleh guna dan tak di sharge RM6.00 sekali lagi?
dorang dah jadi pening. sebab sampul tu dah ada kesan gunting.
Gambar hiasan- bukan pejabat pos ini.
Tapi aku memang tak guna lagi, cuma tersilap masukkan barang je.
Last, dorang ckp, bila akak nak pos lagi
Dik, akak ni buat bisnis, kalau ada customer beli barang, akak pos la
tak dapat la akak nak tentutakn bila org nak order barang tu.
 

Last aku cakap le, ala dik, Adik chop je kat sampul tu
tulis le apa apa pun sebagai reference, bila akak nak hantar nanti
at least, korang boleh detect masalah akak ni.
pas tu, dia  blur, dia tulis tarikh je kat dalam sampul tu.( aku pun tau tulis tarikh)
how to proof?
then, ckp.. org lain tak  boleh hantar, akak jugak yg kena mai balik.
 
aduhh... aku suruh tulis la nota atas kertas lain ke
klip kat situ je, kan senang.. tak mau buat pulak
aku mintak tukar tak boleh pulak
senak aku di buatnya.
 
 
Alhamduilillah, keesokkannya ada org order barang lagi
makanya, aku boleh la guna sampul pra bayar tu
sampai je kat PP tu, dah org lain pulak jaga kaunter
aku explain gini gini kat dia
 
terus dia cakap : Kelmarin saya tak de, saya tak tau"
dia bagi balik barang tu kat aku
then kecoh satu PP, dekat staff tu dia tanya, staff ni dia tanya
 
ish.. tu la aku suruh letak note tak mau
kan ka jadi masalah sekarang ni.
 
tengah dia dok usung sampul pra bayar aku yang terbuka tu
tetiba ada la staff veteren kat situ yg menjadi saksi kejadian menimpa aku semalam
ha... mujur la.. selamat RM 6.00 aku.
 
 
Bukan nak salah sesapa kat sini
aku pun salah jugak sebab tak tau yg sabah sarawak tak boleh guna prabayar
Then, kerani pos tu, tulis le ini kes dia, sila rujuk dia. tempek kat situ senang kan.
boleh la dorang call dia tanya.
lagi satu, sikap! kat jabatan mana pun sama
kalau sebelum ni berurusan dengan org tu, org lain dah tak mau ambik tau
yg jadi mangsa kita le..
 
 
Pejabat Pos seharusnya menjangkakan perkara sebegini akan berlaku
sebelum sesuatu produk di lancarkan
mesti ada buat  kajian  kan...
 
 
 
 

8 comments:

  1. tu dia...banyak keje nak wat PP pon kdg2 org ni ckp gni, org lain ckp gni plak..rasa nk se**k je

    ReplyDelete
  2. hehehee.... mcm2 no...
    x pe la, janji la ni dh slamat pon guna balik kan.. seb baik ada vateren td tuh

    ReplyDelete
  3. Oo ada eh pos prabayar..xtau pun...
    tp mmg kdg2 kalau berurusan dgn PP nie menyakitkan hati pun ada..

    ReplyDelete
  4. mmg kdg2 pening dengan khidmat pos ni.. ingat tak cam masa antar hadiah hari tu hehehe

    ReplyDelete
  5. benda mudah diperpayahkan (ayat...)

    ReplyDelete
  6. inikah perkhidmatan yg cekap?? (hehe...ingat tak iklan ni dulu2 kt tv??)

    ReplyDelete
  7. susah la camni...benda yg leh settle seminit jadik panjang2 plak!

    ReplyDelete