Thursday, March 7, 2013

Amirul- Kau Memang Kelakar


Hari Ahad lepas Amirul naik basikal mcm biasa le
pepetang mesti nak main basikal
tetiba dia jatuh basikal dan bahagian ibu jari tu melecet, berdarah bagai la..

balik umah nangis nangis protes sebab kaki dia sakit
siap ckp. tau dak orang jatuh basikal.. ni ha luka ni..sakit tau
ewah... kang debik sebiji baru tau, sendiri jatuh balik umah nak mengamuk pulak
sat tambah dua tiga das baru tau. ganas bunyi tu kan.
 bila monday kena la pergi sekolah pakai selipar.
aku kena la balut ibu kaki tu, letak bandage bagai. walaupun kecik je luka balut biar besar
kang pengawas tangkap pulak.

Adei... memang pengawas tangkap le, angin satu badan dia time tu
sebab aku memang cakap pengawas takkan tangkap dia
sebab nampak balutan ni
hampeh.. kena tangkap juga. hahahaha...
sib baik cikgu tu cover dia, tak denda sebab dah kaki sakit.

 mcm biasa, kalau hubby masak kat daput mesti minyak berjejek jejek. kata orang kedah
nak pulak goreng kaki ayam. meletup letup.
Bila amirul pijak je lantai tu melekit lekit la kan.

Then bila aku balik kerja dok pot pet pot pet
ish.. lantai ni bergetah getah 
kat hall pulak Aleesya bagi tumpah sumi, bergetah jugak.

Last, Amirul request nak mop lantai
Ni tau tak, lantai dah bergetah getah semua
kalau kena api sikit boleh bakar rumah , maih sini mop nak mop lantai.

Hahahahaha... tu la simpulan bahasa sangat
melekit lekit ayat yang betulnya
tapi org kedah suka sebut bergetah getah.. 
jauh benor imaginasi kamu yer nak..

pagi kelmarin Amirul bangun awal sikit, pas tu sebelum papa balik kul 7.20 dari kilang
dia nak tengok kartun dulu. memang gini la pepapgi tunggu papa
nak hantar dia ke sekolah.

ibu jari tu sakit lagi, still tak boleh pakai kasut sekolah.
tengah syok tengok kartun, papa dah hon kat bawah
cepat cepat la Amirul keluar, angkat beg pas tu lari lari ke umah baby sitter
ambik sarapan.

Balik sekolah, terus dia cakap
Ibu.. pagi tadi ibu tak perasan ke Mirul pakai kasut ( selipar)  sebelah berlain
org kedah panggil selipar tu kasut jugak.
What??? betul ka????
Mirul pun tak perasan, masa papa panggil tu terus pakai je, pi sekolah baru sedaq kasut
tak sama.  hahahahaha...

Aku tanya malu dak pakai kasut mcm tu
Nak malu pa, dah salah pakai tak kan nak balik tukaq kot.
papa pun dah balik umah lepas hantaq mirul tu
Ni la kan budak lelaki, kurang sikit malunya
belasah ikut dan dia je..


Note: sori, entry banyak guna bahasa kedah. tak faham boleh tanya .
hari ni dah boleh pakai kasut sekolah.

7 comments:

  1. caya lah amirul ..macho je :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha lantai bergetah2, dia yang nak mengemop ok la, kaki sakit2 pun rajin.

    Mmg kelakar betul la Si Mirul ni.
    faham...sebab u dah explain.

    ReplyDelete
  3. Hehe..lucu amirul..dh mcm bdk bsar dia ckp:)

    ReplyDelete
  4. tu lah kata....
    kalau budak pompuan tu sah2 malu tak hingat dunia.

    ReplyDelete
  5. fuiiyo...kena api sket leh terbakaq laa...hahaha...mirul2...
    power ayat tu. takut jer dengar, hihi..

    ReplyDelete
  6. betul tu wantie, masa mula2 dok kedah dulu yati confius gak...byk perkataan yg kita tak faham, tak sama cam selangor...so, bl dah bertahun dok sini alhamdulillah faham jugak la bhs diaorang...hihi

    ReplyDelete
  7. Hahaha...mesti dia buat muka selamba je kat skola kn...

    ReplyDelete