Friday, March 8, 2013

Langkawi - Makam mahsuri



MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.


 Sambil menunggu hubby beli tiket, sempat jugak aku tengok gambar kat luar tu
gambar Aisyah. genrasi ketujuh Mahsuri\
oooo dia dah kawin rupenya.. cantik kan.
suaminya tu mcm hero filem thai la pulak aku tengok.
Tahniah.. moga bahagia.

 Ni gambar belaiu masa kecik kecik dulu kot.


 Aleesya tido, penat sangat. asyik meronda je kami ni
gambar kenangan kat sini kejap.
 Ni view rumah Mahsuri. Aku tak naik pun kat atas tu, lenguh kaki dok berjalan rasa malas pulak
Amirul ngan papanya je yang explore.

Biar dorang explore, aku ngan Aleesya nak ronda di sekitar kawasan.
cewahhhh... mcm YB pulak dok melawat kampung. ngeee

Jumpa Jantung pisang kontot ni. Masa aku datang dulu ada pisang yang berjuntai ke tanah
buahnya kecik kecik je.
My uncle ckp, sumpahan tu masih dok ada lagi, tengok... pisang pun tak menjadi bila di tanam di sini

Ni peralatan membajak sawah yang bernama tenggala
tak sure la pulak tenggala ni yang orang letak kat kerbau tu kot
aku pun ingat ingat lupa la, cecara membajak sawah
sawah nenek pun dah tak ada sekarang ni.. 
 yang ni namanya lesung hindik. dorang tumbuk padi
di hujung sana orang dok pijak dan yang dekat dengan lubang tu ada sorang duk jaga
masukkan semula padi yang dah terkeluar.

Tak sure pulak mcm mana kulit padi tu boleh terpisah elok je, tak hacur pun..
Tapi, aku pernah tengok orang buat emping dengan lesung hindik ni
hindik ramai ramai, bergilir gilir
pas tu parut kelapa makan emping dengan kelapa sedappp...
 Ni namanya jelapang padi.
tempat orang simpan padi, Tok wan aku dulu ada sebijik mcm ni
bila dah tak buat padi, tempat ni dah jadi tempat kami main aci sembunyi
"hide and missing"


kat hujung sana ada persembahan teater lagenda mek mulung
aku pun tak sure cerita Mek mulung tu
Time aku nak pergi tengok dah dorang rehat seketika
So, tak jadi la nak tengok..



Note: tension sebab info aku bagi tak berapa nak sampai, Amirul google dan baca kuat kuat
saja le tu nak bagi aku dengar. huh.. 

 

14 comments:

  1. singgah dtg juga baca ni dlam sakit2 hehe

    ReplyDelete
  2. lawa sungguh dia tu..lau mahsuri lagi lawa ape

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi...Mahsuri...penuh dengan sejarah...

    ReplyDelete
  4. bestnya..jenjalan kat langkawi...

    ReplyDelete
  5. aisyah tu kan mmg dok kat thai kan la ni... tp ada jugak org sangsi betoi ka dia keturunan ke 7 tue... :P
    hat lesung hindik tue, kat umah toko nureen ada lg, kecik2 dlu pernah tgk tok n mak dok tumbuk padi la kopi la... la dah x guna :)

    ReplyDelete
  6. dulu ada mini zoo kt makam mahsuri ni,
    tapi masa kty g 29 jan aritu takde dah .

    ReplyDelete
  7. haritu kila pegi langkawi tak sempat singgah sini...jadual pack sangat, ruginya....
    salam kenal kak :)

    ReplyDelete
  8. kat sini anak2 akak penah bawak balik kekabu yg jatuh dari pokok kat dlm kawasan tu dan bijik tu angah tanam. Punya laa byk anak2 pokok kekabu tumboh...sampaikan mak mentua akak soh cabut...katanya pokok kekabu ni besar gadang. nk tanam kat luar umah leh ler, hehe..
    Akak pun sebenarnya..bkn nk biar besar pun...saja nk bagi budak2 ni seronok kejap tgk pokok yg dorang dok baling bijik tu dh tumboh, kan..hehe..

    Kekabu tu makcik nyapu2 kat dlm tu yg soh budak2 tu bawak balik (yg masih elok dlm kulit)...dia kata dia pun tak larat nk kutip dh, huhu..

    ReplyDelete
  9. hehehe Amirul tak puas hati dengan ilmu yang diperturunkan..takper, ada usaha dia cari lebih hahaha.
    We went this place, my hubby la excited tengok barang2 lama ni. JJ tdu jer, bosan ler tu.

    ReplyDelete
  10. Suka juga bc lagenda mahsuri ni...bila baca tu terasa nk berada kat masa tu...nk saksikan sndri peristiwa sumpahan tu...

    ReplyDelete
  11. tk masuk sini pun masa pergi ritu..tk de dlm plan..tggu anak2 bsr bleh la..hehe

    ReplyDelete