Tuesday, March 26, 2013

Fazurina terpaksa kahwin dua kali

Fazurina terpaksa kahwin dua kali 


 Mungkin korang masih lagi teringat tentang Pelakon Siti Fazurina.
Dimana belaiu di katakan telah berkahwin secara senyap senyap tanpa pengetahuan keluarganya.

Siti Fazurina dan suaminya, Heykal Zulkifli 32, di perintahkan oleh mahkamah untuk berkahwin buat kali ke dua kerana  pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertama mereka tidak sah mengikut hukum syarak.

Menurut laporan dari mStar, ibu kepada Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 61, memberitahu bahawa akad nikah baru sahaja dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini."

Kontroversi mula tercetus apabila Fazurina telah melangsungkan perkahwinan di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu dengan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarga yang lain.

Dalam pada itu, ibu kepada Fazurina berkata, dia terpaksa akur walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa.
"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan itu."

Zubaidah yang menganggap insiden yang berlaku terhadap keluarganya sebagai ujian Allah, menyatakan bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.

**** Walau tergiuris macam mana pun, hati seorang ibu pasti akan lembut jua***
itulah nilai seorang ibu, saya yakin suatu hari nanti hubungan mereka akan kembali jernih..
 amin....

10 comments:

  1. ooo dia ka fazurina.. dok dgq la radio ja.. mana tau kata dia...
    pernah tgk crita dia berlakon apa ntah tajuk dia.. minah topedo kot hahaha

    ReplyDelete
  2. benda yg baik kita doakan sajelah ti !

    ReplyDelete
  3. sama-sama kita doakan yang terbaik buat dorang.. :)

    ReplyDelete
  4. takpela semoga diaorg berbahagia...amin

    ReplyDelete