Saturday, March 9, 2013

Langkawi- Jumpa polis kena kepong dengan polis

20/02/2013, 8.00 malam, kami bertolak ke Kedawang
tunggu kat Petronas Kedawang, kejap lagi kawan sekolah hubby tu datang ambik.
sampai je rumah dia borak sakan . 

wife dia pun peramah jugak
wife dia memang orang lankawi, dorang ada 3 cahaya mata
nak try sorang lagi tu, nak try kot kot boleh anak perempuan
dah 3 anak, semua hero..
 tadi Amirul tak mau join, sekarang ni dia join pulak.
Aku tak  snap photo ngan wife dia sebab Wife dia tak bertudung masa tu.
Tak baik la kan tunjuk aurat orang.

anak bongsu dorang pun dah besar. boleh la klau nak ngandung lagi kan
sib baik dia tak jamu nasi, dia jamu Koay Teow goreng. 
sedap...kalau tekak kedah, apa pun yang orang kedah masak mesti suka..

Nama apa ek kawan hubby ni. Fadzil kot kalau tak silap
dia pun intak maaf sebab tak dapat layan hubby datang Langkawi ni
schedule dia penuh dengan aktiviti LTDL.
tak pe la.. dah tolong carikan kereta sewa pun dah ok tu.
terima kasih banyak banyak yer.

Masa on the way blik dari kedawang tu, tetiba Aleesya batuk dan muntah sikit,
Aku cuba lap dengan tuala kecil tu, then dia muntah lagi
aku ambik tisu cover tak boleh jugak.

Last aku suruh le hubby berhenti kat tepi jalan, hubby pulak mcm nak tak nak
aku jerit suruh berhenti jugak,
terkejut hubby sampai  lost control kejap.
Bila berhenti kat tepi je, aku buang semua tisu bekas muntah tu.
Tetiba aku nampak berdesup polis datang attack. kiri kanan  depan polis ngan motor besar tu berhenti
hah.. apa hal pulak..
rupanya dekat sangat roadblock tu di depan, kami berhenti pas tu buang barang lagi
mungkin polis ingat ada yang tak kena la tu.

dari jauh tisu tu kan putih nampak mcm ketulan dadah kot (  imaginasi terlalu tinggi aku ni)
ye la kan, dah nampak polis, berhenti keta pun mnggejut, pas tu buang buang pulak 
ni pengalaman ni. 
kalau hala gun cenggi, pengsan ai tau.

polis tu tanya, kenapa ni berhenti keta tiba tiba,
tak sempat hubby jawab, aku jawab, anak Muntah Encik, sambil aku dok sapu sapu baju Aleesya tu.
hehehe... tu le Aleesya, 
Makan mcm mcm, last perut tak leh tahan, bluwekkk ko muntah.
sib baik polis tak datang neyrap neray ngan senapang
kalau idak kang ngeletor lutut ibu kamu ni.




8 comments:

  1. sebab tu amalan buang sampah sepatutnya di tong sampah.....hahaha dan bukanya diluar.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha berdesup2 polis datang, pantas dan cekap yer dorang ni.
    Teringat masa I kat Siam dulu, abang dengan nenek saya berkejar motor ngan polis, kes nyer takder lesen jer, tapi brdesup depa dua bercucu tu merempit lari dari polis siap polis acu senapang ha. (kan sana darurat).

    ReplyDelete
  3. bahaya tul
    mmg xboleh stop tiba2 kalau ada sekatan jalan..polis akan syak sesuatu..
    teringat dulu ms raya taun lepas..weols nak g grik 2 kete..tiba2 kete bil yg depan belok kiri..depan tu mmg ada rodblock..kami pun ape lagi seriau lah bil wat camtu..terus nasihat beliau lenkali jgn buat cam ni..bahaya...boleh kena tembak..huhuhu
    tp ang pasan ke ada rodblock kt depan tu lau xpasan xpelah bkn slh ang pun..hehe

    ReplyDelete
  4. Hehehe...jadi hal plak ek....polis tentula suspek benda tak baek je....

    ReplyDelete
  5. huhu..anak punya pasal..apa2 sajalah kan

    ReplyDelete
  6. hahaha....

    polis tu take care namanya..

    tnya psl apa..kekeke

    ReplyDelete
  7. ha ha ha, bagus punyer cerita ni ti!

    ReplyDelete