Tuesday, April 9, 2013

Kopi Gantung

Pelbagai cara boleh di gunakan jika anda ingin menderma a.k.a membantu orang susah.
kalau sebut tentang "kopi luak" mesti pemikiran korang akan terbang
nun Jauh Ke indonesia...

Tapi lain pula dengan kopi Gantung, Sebenarnya aku pun baru je tahu tentang ini
Tak tahu pula perkara ni dah lama di amalkan di Naples. sejak lebih dari 100 tahun yang lalu
tapi kan.. kekadang apa yang di amalkan oleh orang dulu tak semestinya dah tak sesuai
untuk zaman sekarang. betul tak?
Kini, 'kopi gantung'  dihidupkan kembali  di sekitar Britain serta negara-negara lain di dunia. 
Pada dasarnya tujuan sebenar  konsep " Kopi Gantung"  bukan sahaja untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal tetapi ianya juga sebuah pertolongan kepada orang yang tidak bekerja dan tidak berduit.

 
Mungkin korang pening tentang maksud Kopi Gantung dan bagaimana ianya di laksanakan.
Kopi Gantung bukanlah bentuk kopi yang tergantung atau teknik menghasilkan
kopi secara menggantungkan biji kopi.

Sebenarnya " Kopi Gantung" ialah merupakan satu Kaedah yang digunakan untuk membantu orang yang miskin dan orangyang tidak bekerja.
Jgn pulak korang tafsirkan, " Nikah Gantung " sebagai kaedah untuk membantu orang tak beristeri 
dan di beri bantuan isteri. Lain maksudnya tau...
hahahaha... jgn konfius ok.

 

Cara kopi gantung dibuat memang mudah sahaja. Apa yang boleh dibuat adalah pelanggan selalunya akan memesan sekurang-kurangnya dua cawan kopi yang mana mereka hanya akan mengambil satu cawan kopi. Cawan kopi yang selebihnya ditinggalkan di kaunter untuk diberikan kepada mereka yang tidak mampu.

Buat masa ini, sudah lebih dari 150 kedai kopi francais di sekitar Britain sudah mengikuti skim kopi gantung ekoran dari masalah kekurangan peluang pekerjaan yang sedang berlaku di sana. Starbucks dan Costa adalah antara dari francais yang turut tidak mahu ketinggalan dari membawakan skim berikut.


Apa yang dapat aku perhatikan di sini " pengusaha kopi tu yang untung:"
sebab lebih banyak jumlah kopi yang di pesan.hehehehe...


Note: Aku tetap dengan cara pemberian zakat. lebih baik dari segala kaedah yang ada di dunia ni
then dapat rewarded di dunia di akhirat lagilah kan...


7 comments:

  1. OHhh...
    Ok2...
    macam tu rupanya kopi gantung...
    Tang nikah gantung tu nak tergelak AJ tau... =D

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt.. zakat lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  3. Bagus ini cara ini..
    Tapi saya suka cara islam yang wantie beritahu...mudah dan terbaik!!!
    Itulah kemanisan islam

    ReplyDelete
  4. sama la ngan anna.. pemberian zakat sangat senang..

    ReplyDelete
  5. tu laa..islam dh ada segalanya...iaitu zakat.
    dorang tak nampak semua tu...tu yg wujud projek kopi gantung tu, kan..hehe

    ReplyDelete