Friday, April 19, 2013

Larangan Menyebut Aku Hang

Sejak aku kecil, hinggalah ke hari ini, perkataan 'Aku"
di dalam keluargaku di haramkan.
Mengapa dan kenapa Mak begitu Marahkan kami jika
perkataan "Aku" terpacul dari mulut kami adik beradik

Mak,
Mak memang seorang yang tegas,
Memang pantang kalau kami sebut "Aku" dalam perbualan sesama adik beradik
kalau mak dapat dengar sekali je pun kami sebut "Aku"
siap le betis kami ni berbirat di rotan oleh mak
Tapi.. Mak tak pernah cakap
kenapa kami di larang menggunakan perkataan "Aku"
Malah Mak sendiripun tak pernah sebut dirinya "Aku " dengan kami.

Makanya, perkataan Aku hanya digunakan bila kami berbual dengan kengkawan sahaja
di rumah abang akan bahasakan dirinya 'abang" 
dan adik adik pula akan sebut nama sendiri jika berbual dengan abang
contoh:-
Abang, esok Ana nak ke sekolah.. Abang boleh hantarkan tak?
ha.. mcm tu la.

BERGADUH,
Bila time bergaduh sesama adik beradik.( gaduh budak budak le)
bergomol gomol pas tu nangis bagai.. 
Si adik geramkan si abang si abang pulak geramkan si adik
siap bertikam lidah
"Abang yang mula dulu, pas tu abang tuduh adik pulak".. ( lebih mesra)
"Hang yang Mula dulu, pas tu tuduh Aku pulak" (ckp mcm ni memang makan tali pinggang le)

begitulah seterusnya...
sehinggalah kami adik beradik semuanya telah mendirikan rumahtangga
Bila aku ada anak sekarang ni, aku pun amalkan begitu juga
kenapa aku rasa perlu aku terapkan didikan Mak aku tu.
Jawapannya.
 Bila kita panggil abang/kakak perasaan hormat tu tetap akan ada
Tak kira, bila kita Marah pun kita tetap panggil dia Abang ( hormat)
nak tak nak kena jugak panggil Abang..
secara tak langsung, ianya mendidik diri kita bahawa dia tu abang dan aku ni adik kena hormat.
Ini hanya pendapat aku sahaja tiada berkaitan denga yang hidup ataupun yang dah meninggal.
  

Jika kita yang menjadi abang pulak, selalu sebut adik, secara tak langsung
kita akan ingatkan diri kita bahawa kita ini abang, yang itu adalah adik.
Jadi abang kena lindungi adik adik.
 dengan ertikata lain, saling bertanggungjawab di antara satu sama lain.


***Bak kata someone" Marah sesangat, tapi sebab hormat kudiamkan aje"*****

 Note: Entry ni cuma tentang keluarga aku dan pendapat aku tentang didikan mak aku je.
Aku tak de la judge yang panggilan Aku, Hang dan Kau dlm sesebuah keluarga tu akan menhilangkan terus rasa HORMAT/RESPECT.



 

11 comments:

  1. bagus kan
    selalunya tindakan orang tua memberi kebaikan

    ReplyDelete
  2. entry yg menarik..sha suka baca.thnks :)

    ReplyDelete
  3. lain bahasa lain budaya
    dalam bahasa jawe aku ni kate nama diri yg pertama
    tuk stgae yg halus baru guna perkataan nyong..
    *org umah pelik n ajaib bila tgk kitaorg adik beradik bahaskan aku - aku dgn mak abah.
    itu normal..

    ReplyDelete
  4. sm mcm family sy jg...kami diajar menyebut nama panggilan sbg ganti 'aku'

    ReplyDelete
  5. sm la mak pak kita mmg tk ajaq ckp "aku"

    tp kdg2 tckp gak...cuma ngan kwn2 je la byk ckp aku..hehe

    ReplyDelete
  6. terpulang masing2lah, tapi kalau dah terdidik begitu bagsulah, mesti ada sebab2nyer kan !

    ReplyDelete
  7. hehe..samalah.
    akak, adik akak, anak2 akak...mmg tak penah guna aku sesama adik beradik (atau adik beradik ipar), sesama sepupu pun..

    Tp sesama kawan mmg ye laa. Tu pun sejak tingkatan 2 baru reti nk ber'aku' engkau...hhe.

    Dalam sejak tu..dlm diari pun suka bahasakan diri aku..sampai ler ke blog...
    Ngan rakan sebaya blogger pun...masih bersaya-saya...hihi..

    ReplyDelete
  8. Bagus laa kalau dah terdidik gitu.. kira hormat menghormati walaupun dalam keadaan marahkan..

    ReplyDelete
  9. saya rasa memang dah culture kita panggilan nama dan "aku" hanya bila bercakap dengan kawan rapat. Kami pun tak dibenarkan aku-kau kat umah,tp time gaduh ada gak terkeluar, tu kira marah sangat la tu hahaha.

    ReplyDelete
  10. Dalam keluarga saya sebut nama kakak atau nama sendiri sebagai ganti diri. Kalau ganas sikit sebut ' kita-awak'. 'Aku' tu hanya manifestasi bila berblogging.

    ReplyDelete
  11. yati ngan adik beradik mang bahasakan diri 'aku', ntah rs cam lebih closed pulak...

    ReplyDelete