Wednesday, April 24, 2013

PRU13- Pemberita Maut Setelah Bertelingkah Dengan Penyokong Parti

Banyak jugak aku tengok blogger yang buat entry tentang PRU 13 ni
dah blog aku sepi je dengan PRU13 ni
meh sini aku updated satu.

Jangan marah yer..

 

Seorang pemberita sambilan RTM, Mohamad Yacob 61 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung dipercayai selepas terlibat dalam pertelingkahan dengan penyokong sebuah parti politik.

Kejadian di bandar lama Gua Musang, awal pagi tadi itu berlaku di hadapan rumahnya.
Mangsa dikatakan membunyikan hon ekoran laluan masuk ke rumahnya dihalang penyokong parti politik berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada penyokong parti berkenaan datang ke arah mangsa sehingga berlaku pertelingkahan sebelum dileraikan orang ramai.

Mangsa yang mengadu sakit dada di bawa ke Hospital Gua Musang namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
sumber : SINI

7 comments:

  1. Ajal maut di tangan tuhan. Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada En. Mohamad Yacob. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. ada gak terbaca news ni..
    mcm2..huhu

    ReplyDelete
  3. dasyat kan politik di Malaysia…saya meluat..saya menyampah dan saya semak dengan politik Malaysia.sebab habis pilihanraya nak tunggu 5 tahun lagi nun, jenuh la kita tadah telinga dan mata duk tgk masing2 tudiaaaaaaaa sakan sungguhhhhh….

    ReplyDelete
  4. al fatihah utk arwah..
    kty pasal politik ni tak gemar sgt nak citer..time ngundi nanti jlnkan tanggungjawab..buat masa ni ..biarlah rahsia kty sokong parti apa. :)

    ReplyDelete
  5. musim PRU 13 ni mcm2 cerita yer T!

    ReplyDelete