Wednesday, April 10, 2013

Tersentuh hatiku

tadi jenjalan kat blog izwa a.k.a bicara hati ini 
aku rasa dia sangat beruntung kerana ada abah di sisi 
suka duka di masa kecil hingga lah sampai beranak pinak.
Aku? aku macam ni lah, masih mencuba mengisi ruang hati yang kosong ini
kekadang aku terfikir, kenapa ayah tak de masa aku kecik dulu
kenapa ayah pergi tinggalkan kami adik beradik
serous, perasaan memang terganggu
secara kasarnya aku boleh katakan aku tak senormal kanak kanak lain.
Aku hanya ada emak. kasih sayang bapa ku perolehi dari abang abang
betul. kalau suruh aku pilih antara ayah dan abang abang
aku akan pilih abang abang
suka duka ku abang abang yang tahu.

Then, masa aku nak kawin that day, baru aku jumpa ayah
korang bayangkan, aku jumpa ayah setelah umurku 24 tahun
tu pun sebab nak ayah walikan perkahwinanku
masa tu aku dapat tahu aku ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan
korang tahu, menggeletar mulut aku nak panggil beliau ayah
Nak panggil ibu tiriku dengan panggilan "mama"
memang tak tergambar..
tetiba ku teringat kata kata emak
" Ingatlah..jgn berdendam dengan ayah, kalau tak dak ayah, korang tak kenal dunia ni"
huh.. kata kata emak memang penguat semangat aku.
Abang abang. Doranglah  orang yang bertanggungjawab rapatkan hubungan aku dengan ayah
kekadang dia datang jenguk aku kat Rumah sewa, pas tu cakap nak pergi jenjalan
last, dia bawa aku terus ke rumah ayah.

Lepas kawin, aku pergi sekali je rumah ayah
pas tu aku tak de pun sebut tentang ayah 
nak ajak suami pergi, jgn mimpilah..

Suami,
Aku bangga sangat sebab suamiku tak menangguk di air yang keruh
beliau selalu beri semangat kat aku agar jumpa dengan ayah
setiap kali kami balik raya, pasti suami akan singgah rumah ayah
aku, tak kan nak ckp tak mau pergi pulak, itukan ayah aku kan..kan..
my mom dan My step Father
sekarang ni, aku rasa sangat bertuah
sebab anak anak aku ada 3 orang Datuk
3 orang nenek. bertuah kan mereka..

semangat yang abang abang dan suami berikan
telah membuat aku dan ayah rapat semula
kekadang aku luahkan kepada suami tentang perasaan ini.

ini jawapan suami
" awak kena bersyukur, awak dapat dugaan ni sebab awak mampu, awak jadi lebih dewasa
awak ada pengalaman pahit, yang pasti awak akan lebih berhati hati dalam hubungan
agar anak anak kita tak alami nasib yang awak alami"

Ya betul. segala yang berlaku adalah takdir
aku dipilih kerana aku mampu hadapi
mungkin orang lain tak hadapi kerana Allah tahu yang mereka tak mampu hadapinya.
Note: Syukur sebab aku ada  abang abang sebagai pengganti ayah
Syukur sebab suami sentiasa beri semangat
Syukur sebab aku pun ada keluarga besar mcm suami
Syukur sebab ayah sayang aku

13 comments:

  1. nasib kite sama sis..mmbesar hanya dgn ibu...ibu tunggal dgn 6 anak..

    saya pun slps puluhan tahun baru bertemu abah..kekok semua ada lah.

    tp sedih jugak napa abah tak ada usaha nk cari kami adik-beradik walaupun hidup mewah dgn keluarga baru dia..sob sob sob

    ReplyDelete
  2. salam T..lama dah kty tak singgah..
    inshallah apa yg tuhan rancang kan utk kita mesti ada hikmah..dia maha mengetahui.

    ReplyDelete
  3. pasti ada hikmah setiap kejadian kan T, Allah itu maha adil !

    ReplyDelete
  4. Kakkkk....
    Memang AJ baca pun bergenang airmata.......

    ReplyDelete
  5. betul tu ckp hb ang
    kita lam dunia ni diduga..tp kdg2 kita alpha mcm2 merungut..tp x sedar tu semua telah di tentunkan Olehnya..redha je lah ea
    tu dah mesra2..boleh leh sllu xyah tgu hb ckp hehehe

    ReplyDelete
  6. sama jugaklah nasib anak sulung saya tu. babah yg skang ni, bapa tiri dia. dia hny kenal ayah kandungnya melalui gambar je. kami berpisah masa kakak umur 4 bulan, masih xtau ape2 lagi. nnt bila dia dh besar, mesti dia akan rasa mcmana yg akak rasa ni kan. xtau la camne saya nak hadapi masa tu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...
    kak tie mmg seorang yg kuat semangat sebenarnya...
    kita mmg x kan perasan tp org sekekeliling kita yga amat peka :)

    ReplyDelete
  8. betul tu, wantie adalah antara yang dipilih oleh Allah tuk melalui semua ni... tak semua org dpt merasainya...

    ReplyDelete
  9. insyaallah kak kasih sayang tu still boleh di pupuk.. betul kata suami akk tue..kita kene bersyukur sbb allah uji kita .. dan bila dia uji kita bermakna dia sayangkan kita ... :)

    ReplyDelete
  10. Betul kata awak...
    suk atak suka kita kena terima bahawa itu ayah kita..betul tak?

    Tapi yalah!! Perasaan kasih sayang tu kuranglah sebab sejak kecil tak bermesra dengan ayah..

    Saya dulu pun ada kes ngan ayah saya. Kes pompuan lain ler..hehehhehe..nak marah sangat tapi sabar sangat sebab hormat ayah..

    ReplyDelete
  11. itulah sebaik2 nya...x perlu berdendam kesumat..semoga bhgia selamanya :)

    ReplyDelete
  12. lain orang lain pengalaman..
    lain orang lain perjalanan...tetapi destinasi akhirnya tetap sama..

    ReplyDelete