Kalau orang tanya kenapa aku masih lagi nak balik mengundi kat kampung
sedangkan dah lama aku menetap di Penang ni.
Jawapannya sangat mudah..
Aku sayangkan kampung halamanku. cintakan keluargaku.
Kami bertolak dari Kuala Nerang pukul 2.00 ptg.
keadaan Jalan masa tu ok je tak de la sesak mana pun.
Setibanya kami di kawasan Tanah Merah Pendang
keadaan tiba tiba menjadi sesak..
Banyak betul kereta dan motor yang berarak membawa sepanduk
Tengoklah kereta bersusun susun.
yang pastinya, kawasan ni kawasan panas.
kenapa? Jgn tak tau.. ni le kawasan Mat Sabu Vs. Man Abdul
Begitu panasa aura Mat Sabu. berkepul kepul rakyat mengibarkan bendera.
kalau nak cepat leh la naik cooper tu. kui kui kui..
kami yang tengah sedap sedap drive ni heran jugak
kenapa la org dok bagi lampu, pas tu angkat tangan , hon hon bagai
setahu aku tak de pun sign apap apa kat keta aku yg menunjukkan aku ni sokong mana mana
parti.
Sekali aku pusing belakang. nah hambek... kat belakang kami
ada kereta yang bawa besar punya sepanduk.
then 2 biji keta di hadapan kami pun sama. bawa sepanduk!
hapa lagi, mungkin dorang ingat kami pun satu geng
Dah le tu, aku pulak dalam keta siap angkat kamera gedabak ni
dok klik klak klik klak
Amirul yang panas punggung sebab nak tunggu orang berarak Bendera BN
punya le susah.. siap merajuk merajuk lagi.
adei... susah betul nak fahamkan budak sekor ni..
Sampai umah Tok kat Pendang, Amirul kibar bendera BN
kazennya kibar bendera PAS.
tu la namanya budak budak.. tak denya nak gaduh gaduh walaupun berbeza Bendera. hehehehehe...
Budak2 berbeza bendera, mak budak? Akak pun sama, wp dah 7 thn dok selangor tp tetap mengundi kat jhr,... ada pluang balik kg maa
ReplyDeletewaaa.....fanatik jugak amirul dengan bendera
ReplyDeleteHehe...ni laa yg akak kekadang pikir.
ReplyDeleteKenapa perlu balik kampung utk mengundi selain kerana sambil2 leh balik kampung.
Ada akak bagi pendapat kat blog KA tadi, hahaha..
Kibar apa bendera pun...itu adalah hak masing2. Tetapi jangan nk provokasi sesama. Bahaya....leh jadi gaduh, leh berpecah belah sesama masyarakat. Tetapi dh nama manusia, kan..suka sgt nk buat provokasi...ejek2..
Bila dh jadi gaduh...tuding menuding pulak....
wah...bestnya... meriah betul kat sana...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteyeaay , tamat la sudah pru13..
budak² bukan tau apa..yg penting aku ada bendera,, ko ada?? hahhaha... yg over excited puak² tua yg sanggup bertelagah ttg itu dan ini...hmmmm
ReplyDeletesapa pun yg memerintah, aku hnya mahukn keamanan kestabilan dn kemakmuran walupun aku x ngundi hihihi
sama la pat kiter hehe..kekadang tu stress gak di buatnya tu
ReplyDeletehehehe... drg kadang suka bendera sbb clr kan, bkn tau apa pon...
ReplyDeletepas mengundi tunjuk jari dakwat kekal kat ellesya, dia pon nk jugak, siap merajok sbb x bg dia p mengundi haha
wahh amirul u look blue haha
ReplyDeletesalam sis wantie
ReplyDeleteSeronok baca kisah perjalananan sis
kalaulah kita boleh jadi mcm budak2 xde gaduh2 walau berbeza parti kan !
ReplyDeletemeriahnya....kat area tu....
ReplyDeleteaku blk selama ritu pun...mmg kt kg meriah..depa duk berkonvoi bw bendera...
ReplyDelete