Wednesday, June 12, 2013

Chak Blum Boya Katak @ Buaya Buaya Katak

Ada yang bertanya tentang apa la permianan yang aku dok main masa kecik kecik dulu kan
Aku gunakan Bahasa Kedah
kalau kat tempat lain, aku tak pasti permainan ini di namakan permainan apa
Aku ada jumpa satu artikel di mana cara permainannya se akan sama tapi
di namakan Permainan "Buaya Lapar" atau Buaya Buaya Katak

Permainan "Chak Blum boya katak" adalah sejenis permainan yang berbentuk rekreasi
dan bukannya untuk pertandingan.Sama jugak la seperti kita main aci sembunyi ( hide and missing) tu
main untuk suka suka dan mengisi masa lapang.

Buaya Katak adalah nama spesis Buaya.
Peraturan Permainan
Permaianan ini selalunya di sertai oleh 3-8 orang ( mengikut persetujuan)
salah seorang dari ahli kumpulan kena jadi Buaya dan lelain kena jadi Mangsa
Tempat permianan mesti ada satu tempat untuk mangsa menyelamatkan diri
kalau ada tebing lagi bagus.
Siapa yang akan jadi buaya di tentukan melalui undian 'O Som"

tangkap...tangkap...hehehe
Cara Bermain
Siapa yang jadi buaya harus menangkap mangsa yang kekononnya turun mandi dari tebing
bila turun dari tebing mesti Nyanyi " Chak Blum Boya Katak Sambil Lari Sambil Sentak"
Buaya akan cuba menangkap mangsa
jika gagal menyelamatkan diri, akan kena tangkap
kemudian si kena tangkap tu pulak akan jadi buaya
begitulah sampai masing masing penat dan bersetuju untuk tidak main lagi.


Tujuan Bermain
 
1) dapat mengisi masa lapang yang sangat sangat teluang pada masa dahulu
sebab tak de TV nak nonton, tak de komputer nak ngadap, tak de tuisyen nak kena attend
tak de pusat hiburan atau kelab yang harus kaypohkan diri untuk lepak lepak
Supermarket pun tak nampak batang hidung.

2) Meningkatkan stamina, tak payah berjogging tuk keluar peluh.
mengajar diri untuk bertindak bila mernghadapi saat saat genting ( Di tangkap Buaya)
Asah skill larian.

3)Mengeratkan hubungan di kalangan kanak kanak dan kena jaga hubungan yang baik antara satu sama lain
sebab... kalau sengsorang permainan ini tak boleh la nak main. Perlukan satu pasukan.

4) Mak bapak tak payah nak risau sebab kawasan permainan hanya kat  halaman rumah saja
Mak bapak pun boleh tau anak dia bermain dengan anak sapa
pape hal senang ....

5) terapkan nilai kasih sayang. Tak caya...
sebab korang akan teringatkan teman sepermainan tu sampai ke tua.
silalah percaya sebab aku pun sangat rindukan saat saat itu. hehehehe..


Peristiwa Hitam
ketagih benor aku nak main Chak Blum Buaya katak ni, bila mak tak de umah, aku adik beradik
mula le nak main chak blum boya katak ni dalam rumah. hahahaha...
mangsa utama ialah katil. dijadikatan tempat untuk menyelamatkan diri. ( sila jgn tiru)

Seronok la main kejar kejar. kalau mak ada sure tak boleh kan,
sekali...masa aku nak lompat naik katil tu, ada air tumpah
slip kat situ, satu kaki masuk bawah katil, muka aku tersembam kena pada body katil
katil pulak katil kayu,
toing.. patah gigi depan aku...
nangis tak berlagu..

 
kekonon nak rahsia dari Mak la kan, sekali Mak balis habis semua kami kena Rotan
hambek!!!!..
dah le sakit gigi patah sakit pulak kena Rotan.


Note: Permainan Tradisional yang dah pupus kot.

8 comments:

  1. Menarik.. tapi akak pernah plak main masa dulu..heheh

    ReplyDelete
  2. tak penah main masa kecik2 dulu... 1st time dgr permainan ni...

    ReplyDelete
  3. ooo gitu yer permainan dia... :)

    ReplyDelete
  4. PENAH GAK MAIN NGAN KENGKAWAN MASA KECIK... KAKI TERSADUNG AKAR POKOK TERSEMBAM .. PATAH TANGAN... X SAKIT MULANYA TAPI TERKEZOOT TANGAN TANG SIKU BERPUSING KEDEPAN.... TERUS NANGIS SBB TAKUT CACAT... HAHAHAH 1 JAM PAS TU AMIK KO SAKIT X INGAT....

    ReplyDelete
  5. budak2 sekarang ni lebih suka duk ngadap pc...takde nyer nak berlari main kuar peluh macam ni

    ReplyDelete
  6. husna x pernah dgr plak game nih..mgkin x pernah di ajar kot..=)

    budak skarang pg2 on9 dah..

    ReplyDelete
  7. hahaha serius seronoklah dulu2 kan

    ReplyDelete
  8. kanak2 dulu byk idea cipta permainan yg menyihatkan badan...mengeluarkan peluh, ada sillaturrahim kat situ..

    skang ni..dok ngadap games jer. Kalo sillaturrahim pun..sesama adik beradik jer laa pun..main playstation leh 4 orang guna joystick, huhu..

    ReplyDelete