Sunday, June 16, 2013

Kek Cawan Termahal Di dunia

Kalau ada Buyer, aku pun nak buat kek cenggini
Jual 2-3 biji  sehari dah cukup. wah.. mak cik kayo mak cik kayo..

Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall.Walawei... nak beli emas tuk di pakai pun

Ngeletor lutut nak bayar, ni kan pula nak beli emas untuk di makan..
 
Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga 
RM3,184 sebiji.
Sesapa yang rasa kempunan tak mampu nak makan kek emas, jgn pulak makan
gelang kaki, rantai atau subang emas korang yer...( ini Amaran)

 
Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari Itali serta biji vanila pula dari Uganda. 

tengok le strawberry tu, di cekup dalam coklat emas.
boleh makan. nyum nyum...
Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan.  

Makan benda yang boleh di makan sahaja yer. jgn la pulak pinggan dan sudu tu korang makan jugak. hahaha


Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.


Note: Aku tak mo tamak, nak jual 3 biji je sehari. hahahaha
order cepat! wah betapa verangannya haku.

12 comments:

  1. wahhh..emas pun ada yg boleh dimakan yer..hehehe

    ReplyDelete
  2. nampa sedap hehehhe hulala tapi x puas makan coz very mahal for very sikit quantity huhu

    ReplyDelete
  3. wow...mahal nyer...

    ita dapat buat 5 biji pun ok jugak..
    hahahahha...
    kayo den

    ReplyDelete
  4. pelik... macam mana boleh buat makanan guna emas.. emas tu sejenis logam... how come manusia boleh telan logam? rosak perut nnti... huhuhu

    ReplyDelete
  5. haa tu dioo... the gold melt in my mouth gitu.

    ReplyDelete
  6. Takpelah biar murah, janji kenyang...
    Membazir amalam syaitaoonnn

    ReplyDelete
  7. Fuyoo...nak termampu den nak beli..emas kt badan pun secoet je..haha:)

    ReplyDelete
  8. tumpang nengok ajelah yer T ! hehehe

    ReplyDelete
  9. mahal giler...cm no nk mkn tu...
    syg tul..haha

    ReplyDelete
  10. mau tak mahal, salut g2 kan hehe

    ReplyDelete
  11. T nak buat 3 biji sehari pun leh...tp senang ke nk cari pembelinya?? huhu..

    ReplyDelete