Friday, July 5, 2013

Apa itu, BB,CC,dan CC Cream

sekarang ni dah mcm trend.
semua syarikat kecantikkan keluarkan BB cream
tapi jarang benar kita dengar CC cream atau DD cream
dan ada jugak yang tak tahu pun kewujudan CC dan DD cream di pasaran


selain perbezaan pada huruf berganda pada cream tersebut
ianya tersembunyi perbezaa lain yang rasanya anda perlu tahu
jgn main hentam kromo je bila nak pakai kan...



BB cream - Beauty Balm

Krim BB
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krim BB atau 'Blemish Balm' adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.  

CC cream- Correct and Cover 

Krim CC
CC atau 'Colour Correcting' membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah. 


DD Cream - Disguise and Diminish
Krim DD
'Daily Defense' atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.


Note : EE cream - Ego and Eksyen. ( dalah lama wujud)

10 comments:

  1. zara pernah pakai pn..bb cream..ok gk..jenama elianto
    teringin gak nak cuba cc dan dd crem tu..hee

    ReplyDelete
  2. puan t..yg mn sesuai tuk kulit saya?mohon pencerahan ....secepat mungkin sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. hehe..tak penah tgk lagi cc dan dd cream tu. yg meluas adalah bb cream.

    Mgkn akak jarang ke rak kosmetik..jd mmg tak tau. kat blog T ni baru akak tau..

    ReplyDelete
  4. suka pakai BB cream.. rasa ringan je..

    ReplyDelete
  5. Tima ksih wantie kongsi2 mklumat..tu slalu duk beli bb cream.,tp tak tau apa mkna..huhu..

    Ee eh..ego n eksyen..hehehe :D

    ReplyDelete
  6. amboi entry psl Cream plak..
    dasat hg leh jd promoter Cream muka ni..kekeke..

    aku penah dgr gak ada org jual cream muka..BB, DD, CC cream ni...bb cream penah try la..

    ReplyDelete
  7. Cream EE tu buat saya tersenyum ..btw , info yang baik untuk dikongsi . Tq

    ReplyDelete
  8. Sy guna dd cream skg..dd cream korea

    ReplyDelete