Sambil dok buat kerja ni aku selalu la dok dengar radio Mutiara FM
kalau hari jumaat mesti ada soal jawab agama
Hari ini, ada satu soalan yang aku rasa terpanggil untuk di kongsi di sini
dan sebagai panduan aku dan anak anak jugak.
Soalan
Bolehkah saya sedekahkan pahala sembahyang fardu saya kepada ibu bapa saya
seperti mana saya berniat untuk sedekahkan pahala membaca al-quran dan berzikir kepada kedua ibubapa saya?
Jawapan.
Ustaz berkata Tidak Boleh? Sembahyang tidak sama seperti berzikir dan membaca Al-quran
ini kerana, di akhirat nanti Sembahyang kita akan di nilai semula.
katakanlah sewaktu kita sembahyang, tetiba fikiran kita melayang ke tempat lain
maka, kosonglah ibadat kita di waktu itu
ibarat kata Sembahyang kita sendiri pun masih ada lompang lompang yang perlu di tutup.
kemudian, lompang lompang yang terdapat pada solat kita itu, boleh lah di tutup
dengan pahala sembahyang sunat yang kita amalkan
Jika sembahyang sunat pun tak buat, mcm mana nak tampung lompang tu kan...
Jadi.. sembahyang kita sendiri pun masih ada lompang lompang yang perlu di tampung
bagaimana pulak kita nak sedekahkan pahala kita tu kepada ibu bapa kita.
renung renungkanlah..
Ramai yang berkata, sembahyang sunat je pun, bukannya wajib.
tak buat pun tak pe..
dari penerangan ustaz tu, aku dapati mcm solat sunat ni sangat penting
sementelah aku ni, bila sembahyang susah benar nak khusuk.
Note: Selamat beramal.
Betul tu..sunat pn kna bt jgk..kita buat kita dapat kn..=D
ReplyDeletetime kcih bagi ilmu..=)
bla akk up entry ni sy tingat kt ustaz, solat tu merupakan 'pembayaran hutang' kita kpd Allah. kalu x solat maknanya bertimbunlah hutang kita. so ckp ustaz tu mmg betul la..pahala solat adalah utk diri sendiri. sbb kita 'yg byr hutang' tu...
ReplyDeleteaku pun kdg2 x kusyuk jugak
ReplyDeletemcm2 dok pikir dok teringat
hopefully solat kita diterima
aah mcm penting je solat sunat tu
yelah betul kata ustaz tu solat sunat tu dpt tampung lompang2 tu nti..
Pencerahan yng bagus ni T
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ilmu
ReplyDeleteMmm...akak penah berdoa dlm perjalanan dari Melaka ke Bentong....utk gunakan apa ganjaran kebaikan yg akak ada termasuk akak memelihara kucing (sampai macam tu sekali sbb takut tak cukup amalan kebaikan akak. Sgt risau dan tak mau menyesal)....utk akak sempat balik Bentong nak ziarah mak yg sedang nazak. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Tak tau laa disebabkan doa itu ke apa. Allah Maha Pengasih lagi Penyayang..
ReplyDeleteAkak sempat menjaga arwah mak sebelum mak menghembuskan nafas yg terakhir di sisi ayah dan adik akak..
mmg solat tk leh sedekahkan kan..
ReplyDeletesolat tu tiang agama..
stiap umat islam solat tu mmg wajib..
hihi..