Wednesday, July 10, 2013

Kuruskan badan dengan tidur berbogel?



 Kuruskan badan dengan tidur berbogel? 

Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos.

                                        
Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

*** Aku tak nak salahkan artikel ni dan tak nak jugak kata yang 100% kajian ni adalah bohong atau tak benar. Cuma kita sebagai manusia yang di beri akal fikiran dapat berfikir secara logik bila sesuatu pendapat di keluarkan. Nak ikut ke tak nak ... tepuk dada tanya selera.****



Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

*** Pernahkah saudara saudarai sekalian mendengar tentang adab adab tidur dalam islam. Pernahkah kita terfikir, kenapa islam menggalakkan para isteri berpakaian jarang ketika tidur? hmm.. mungkin ini adalah jawapannya. selain dapat meningkatkan ghairah suami, ianya juga mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan************

Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

*** Rasanya berpakaian jarang dan berbogel adalah satu keadaan yang berbeza. tapi tujuannya adalah sama. tidur berbogel menyebabkan kita rasa sejuk, begitu juga jika kita tidur dengan berpakaian jarang. sama sama akan menyebabkan sejuk. Jadi proses rembesan "fat loss".***



Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

*** Bayangkan dalam keadaan dunia sekarang ni, ntah bila nak terjadi ribut taufan, Tsunami semua tu. tetiba bencana berlaku di waktu kita tidur,. sanggupkah anda di selamatkan di dalam keadaan diri anda berbogel?***



 mereka menjalankan kajian, kita mengadaptasinya dengan cara  kita. tak salahkan.


Note: malaikat pun malu nak tengok kita kalau berbogel. fikir fikirkanlah..
 

17 comments:

  1. xmo la sy.nnt kn gigit dek nyamuk

    ReplyDelete
  2. smlm kut aku bc kat google pasal ni..ada satu komen tu nak tergelak dia ckp..lau betul leh kurus..suh org gemuk giler2 tu bogel ha tgk betul x leh kurus kahkahkahkahhh

    ada pulak tu ckp..lau bogel abis lah ken gigit lipas lah cicak lah labah2 lah hahaha

    senang je nak kurus..kena jaga mkn dan lau rajin exercise mesti konpon kurus pya haha

    ReplyDelete
  3. dlm islam, mana bleh tdoq berbogel..
    depa mmg la x pa, kita baca saja la, x yah ikut

    ReplyDelete
  4. salam T.selamat berpuasa..
    kalau kita laki bini je kt umah ..boleh lg tak berbaju..ini anak2 dh besar pjg..

    ReplyDelete
  5. uii..nk tido berbogel..mcm2 pikir.

    Keselamatan rumah skang dh tak terjamin. Mcm mana bergrill bermangga solex bagai..orang leh pecah masuk terutama waktu malam...waktu tuan umah sdg lena diulit mimpi. Apa akan jadi kalo dorang masuk bilik nk cari barang2 berharga ternampak pulakkkk tuan umah tido berbogel??

    ReplyDelete
  6. ishhh mcm tk leh blah tido berbogel..haha..

    ReplyDelete
  7. entry yang bagus utk di kongsikan

    ReplyDelete
  8. Malulah ..walaupn tido kn..kak..=)

    ReplyDelete
  9. hehehe... malu kitew nak tido bogel.

    ReplyDelete
  10. kalau ada berlaku musibah ke apa..mati lah kuar dengan berbogel..hahhaha..


    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  11. macam mana pulak kalau rumah dimasuki perompak?? kan akan jadi musibah tu nanti

    ReplyDelete
  12. Bogel tak mahulah..
    tapi pakai pakaian longgar2 Ok ler tu..heheh

    ReplyDelete
  13. bab musibah tu hamba sokong..huhuhu...tak sanggup

    ReplyDelete
  14. salam sis..
    x nak la, t jadi pa2 kan dah kalut cr baju x jumpa..

    ReplyDelete
  15. errrr.. yang ni lu pikirlah sendiri yer hehehe

    ReplyDelete