Wednesday, September 4, 2013

Hari hari terakhir Ayah- Ayah Sakit Apa?

Alhamdulillah..ayah dapat berpuasa penuh
di akhir bulan Ramadhan,  Ayah bagitau  yang dia sembelit
mungkin sebab kekurangan air, maklumlah berpuasa air minum tak banyak

rentetan daripada itu, ayah pulak kencing tak lawas,
jadi Mama bawa ayah jumpa doktor, ada la ubat tertentu dan doktor suggest jugak untuk ambil 
saw palmetto ini

 
ok lah sikit, masa aku  kerumah ayah untuk berhari raya tu
ayah masih boleh bangun, boleh kencing bagai better then before .

aku sempat mintak ampun maaf dan sempat bergambar dengan ayah.
photo ini di ambil pada tarikh 17/08/2013.

then minggu depan tu, Adik perempuan aku balik dari kelantan untuk urusan
pinjamannya dengan pihak Mara.

Ayah masih kuat, dan ayah masih dapat berjalan ke Pejabat Mara untuk sign Agreement bagai.

 pada 26/08/2013 abang ke tiga aku sms aku. ni kiranya mcm  kill two bird with one stone la kan.
aku pulak demam pada hari tu sebab bergedik kat Ipoh.

So, aku tak de la terus pergi tengok ayah, dalam otak ni dah rancang nak pergi tengok pada 31 August
sebab kami semua cuti.

Pada 28/29/ dan 30 hb, ayah dah start muntah muntah
semakin lemah, makan apa pun tidak, tapi muntah je banyak

Mama dah nampak yang telinga ayah dah jatuh
So, mama dah call semua anak anak
kemudian saudara mara utk datang .


Pada 30hb tu, lepas je mama letak telefon aku terus blah dari office
Lepas Naiim dan suami selesai sembahyang Jumaat, kami terus ke rumah Ayah.


Note: Itu je la sakit yang ayah alami,dalam report kematian tertulis sebab kematian ayah adalah
" Sakit Tua"



14 comments:

  1. Alhamdulillah..ayah hg sakit tk lama,
    sempat juga beraya ngan ayah hg kan..

    semoga hg tabah k..

    ReplyDelete
  2. innalillah..smoga ditempatkan bersma org beriman

    ReplyDelete
  3. abah kty pun ,meninggal bulan ogos , tp 8 thn yg lepas..dlm sijil kematian pun tertulis sakit tua.

    semoga roh2 mereka ditmptkan dikalangan org2 yg beriman.amen.

    ReplyDelete
  4. Takziah ya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama dg orang yang soleh.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah arwah pergi dengan senang...takziah sahabat

    ReplyDelete
  6. Allah lebih sayangkan ayah akak.. penyakit itu hanya menjadi penyebab kepada kematiannya.. macam arwah ayah aiza dulu meninggal hanya sebab kemalangan motosikal dengan seekor kerbau yang melintas di jalanraya.. al-fatihah kepada arwah ayah kita yang telah pergi..

    ReplyDelete
  7. Takziah wantie..semoga roh Arwah tenang & aman disana..

    ReplyDelete
  8. Arwah pergi pun selepas buat semua ibadah kan.

    ReplyDelete
  9. brp umur ayah wantie tu...mcm muda je lagi..

    ReplyDelete
  10. Brsabarlah wantie. Takziah buat fmly u

    ReplyDelete
  11. Oo...mm, sebagai anak..mmg kena redha wlpn hati selalu rindu ngan orang tersayang yg telah pergi..

    ReplyDelete