Thursday, September 5, 2013

Hari hari terakhir Ayah- Doktor Datang Rumah

Aku bawa baju kurung sepasang je, sebab niat awal tu nak bawa ayah ke Hospital
sesampai je kat rumah ayah, aku tengok ada Seorang doktor
mungkin dah ayah tak nak ke Hospital berjumpa doktor, jadi biarlah doktor yang datang jumpa 
ayah kan.
Sebenarnya, Mama dah tahu ayah akan pergi
doktor juga tahu ayah akan kembali ke sana

cuma dorang tak dapat nak cakap.
lagipun etika kedoktoran memang begitu kan..

Kemudian, aku berbincang dengan doktor untuk bawa ayah ke klinik kesihatan yang berdekatan
untuk ayah di tambah air, sebab ayah dah terlalu lemah

Doktor nak tengok ayah aku sekali lagi, bila dia belek tangan ayah
dia cakap kat aku, urat ayah dah tenggelam ke dalam
so, kalau nak masuk air memang susah dorang nak cucuk

jadi Doktor suggest aku belikan ORS je sebagai pulih balik tenaga yang hilang tu
doktor masih lagi sembunyikan dari aku.

 
sedikit demi sedikit air bancuhan ORS ni di masukkan ke mulut ayah
Bila dah beberapa sudu masuk, ayah muntah lagi  dan lagi..


anak anak ayah cuma aku, abang Hiaq dan adik Irfan
Leman masih on the Way dari KL ke kelantan pun tak tau lah
Atipah  on the way dari Kelantan
Abang Chaq ngan Abang Mail ada kat Kuala Nerang.


Mak Lang, Pak Lang, Pak Su, Mak Su, Pak Cik Mak Cik
semua dah datang

Secara perlahan lahan, badan ayah dah berubah
sekali imbas, wajah ayahku dah seiras "Tok Chair". Arwah Tok Wan Aku.


Note: Kalaulah aku dapat baca liuk lentuk doktor tu kan.

5 comments:

  1. dlm keadaan kita cm tu..
    mmg kita tk dpt nk agak keadaan ssorang tu nk pergi...
    aku dh lalui cm mn hg lalui beb..
    cuma dlm situasi yg berbeza je..

    ReplyDelete
  2. terima & redha ajelah T, yg penting sentiasa doakan arwah... done sedekah nuffng jumaat ni yer !

    ReplyDelete
  3. selalunya doktor memang macam tu kak.. dia cakap yang positif je..

    ReplyDelete
  4. Kagum dngn wantie skluaga begitu rapat dng ibu tiri.

    ReplyDelete
  5. kadang tu kite jadi tak terperasan tanda2 nyer...

    ReplyDelete