Friday, November 22, 2013

Lamp chop with yogurt black pepper sauce

Hari ni aku nak kongsi satu resipi yang aku gunakan Natural Set  yogurt by Nestle


bahan bahan ( perapan daging)
2 ketul daging tanpa tulang, senang anak anak aku nak makan
kalau ada yg tulang rusuk tu lagi bagus
serbuk pati ayam, oregano,lada hitam, rosemery memasing 1/2 sudu
2 ulas bawang putih di racik halus
olive oi

cara cara
ketuk ketuk daging tu supaya lembut
satu kan semua bahan bahan di atas dan perap daging selam 30-45 minit
kemudian gunakan grille pan/magic pan untuk grille daging tadi
grille hingga masak.
 seperti gambar di bawah

Bahan bahan utk source yoghourt black pepper sauce

Bahan A
2 biji kentang di kupas kulit dan di potong dadu
 1/2 ulas bawang besar 
 sesudu serbuk pati ayam

Bahan B
  3/4 capsicum- potong dadu
1/2 biji tomato -potong dadu
sesudu lada hitam ditumbuk
Carrot- potong dadu
brokoli
2 Sudu yogurt Nestle Natural Set yogurt Asli


Cara membuatnya
Bahan A di rebus sehingga kentang menjadi empuk
kemudian kisar semua bahan yang di rebus.

Gunakan Pan/magic Pan yang sama yg digunakan utk grill daging tadi
Masukkan Bahan A yang  direbus tadi
kacau sehingga sebati dengan juice yang di hasilkan sewaktu gille daging tadi
masukkan black pepper
setelah mendidih masukkan sayur sayuran tadi

 kemudian masukkan 2 sudu yoghourt dan kacau hingga sebati
 kemudian sedia di hidangkan.


hmm... aku goreng sikit kentang sebagai penyedap rasa untuk anak anak aku.

selalunya sos black pepper ni kosong je tanpa sayuran kan, memandangkan anak anak aku
memang hantu sayur so, aku masukkanlah sayur sekali
hmm... untuk pengetahuan korang, bila campurkan sedikit sayuran supaya mendapatkan
kemanisan original dari juice yg di hasilkan oleh sayuran tadi.


Then, untuk sos ini aku jadikan kentang sebagai agent pemekat dan bukannya tepung
seperti kebiasaannya kan.


Ni adalah plate Aleesya, ketulan tu adalah capsicum, mungkin dia rasa lain kot, that why dia tinggalkan
hahahaha.... maklumlah cupsicum tu mahal, so aku memang jarang beli


Si Naiim leklok je makan dengan garfu dan pisau, sekali Aleesya angkat seketul daging tu
main kokak je..Pas tu datang sengih sengih  tunjuk gigi kat aku
sebab nak suruh tanggalkan  lebihan daging yang lekat kat gigi.
muahahaha...



Note: ada lagi lebihan yogurt kat dalam peties, rasa nak buat smoothie la pulak.

17 comments:

  1. tabik kat anak2 akak coz suka mkn sayur ^^

    ReplyDelete
  2. ha betul tekaan aku black pepper sos ni hehehe
    wahhh terer alesya mkn lambchop b.pepper
    mmg suka mkn pedas eh..hehehe
    nasiblah dia xratah capsicum tu mcm ratah tomato tu kan kan haha

    ReplyDelete
  3. T, tengok gambor pun dah tau kesedapannye... tgk nanti2 leh cuba juga TQ

    ReplyDelete
  4. nie mesti sedap sgt nie
    pinggan pun licin .

    ReplyDelete
  5. Pandai anak2 wantie makan sayur yer... anak2 idah susah nak suruh makan sayur.. kadang2 tu paksa pun tak jalan gak... :(
    Sampai licin pinggan tu mesti sedap sangat tuee... :D

    ReplyDelete
  6. licin pinggannya ha.. mesti sedap le tu!

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaaa...best nyer...pandai nyer masak..jeles kite

    ReplyDelete
  8. yummehhhh. daging tu kalau grill dalam non stick pan pun boleh kan, I takder magic pan.

    ReplyDelete
  9. Aq nw mmg alah dgn black pepprr..so nw stop terus..gntikn dgn mushroom leh la kot noh..:-)

    ReplyDelete
  10. kunjungan perdana sobat,,,salam blogger

    ReplyDelete
  11. Sedapje nampak tu...teringin nak try buat nnti...tq sharingkn bersama resepi tu..

    ReplyDelete
  12. aduhai.. dah jadi wife orng ni still xberani nak try msakan cenggini..hehe

    ReplyDelete