Sunday, November 17, 2013

Tauhu lembut bersama ayam cincang

Semalam, terasa nak makan tauhu lembut.
Tauhu lembut ni susah sikit nak handle time memasak. Kalau aku le
sebab teksturnya yang lembut mudah pecah .
So, selalunya tauhu lembut ni aku wat inti dalam gulungan rice pepper je

Tapi kali ni, aku ternampak satu resipi tauhu bersos kicap halia
tapi akutak bape gemar kalau tauhu letak kicap.
makanya mulalah dok main tokok tambah bahan bahan kan.

godek godek dalam peties ada lebihan isi ayam tanpa kulit lebihan aku wat 
burger ayam goreng that day.
so, pe kata kalau aku masak je la ngan tauhu lembut ni kan..kan..

kalau korang yang tengah diet memang sesuai 
tapi kalau tak berdiet pun boleh la try. sebab sedap tau.

Bahan bahan
2 ketul tauhu lembut
1/2 ketul isi ayam bahagian dada ( cincang)
2-3 sudu mix vegetable. ( beli yg sejuk beku tu)
2 sudu olive oil
2 ulas bawang putih ( dicincang halus)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
sedikit bancuhan tepung gandum/jagung ( aku guna tepung gandum)
1/2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara
Stim 2 keul tauhu dalam 10-15 minit ( ketepikan)
panasakan kuali
masuk daging ayam yg di cincang masak sekejap
then masukkan mix vegetable
kemudian masukkan bawang putih
then masukkan olive oil ( kacau sekejap)
then masukkan, sos cili dan sos tiram
masukkan garam secukup rasa
masukkan sedikit air
biarkan sehingga mendidih
last masukkan bancuhan tepung jagung/gandum


cara menghidang
letakkan 2 ketul tauhu yg di stim tadi ke dalam pinggan/piring
kemudian curahkan bahan bahan yangtelah di masak
siap untuk di makan.

 
*** korang boleh je ubah/olah isi ayam tu di tukar kepada udang/sotong**


Note: Try! and you won't regret..
 

Aku meratah je, tak makan dengan nasi pun. ngeeee

22 comments:

  1. Tauhu favourite kakpb, mcm sedap je nmpk resipi wantie ni...

    ReplyDelete
  2. nampak sangat sedap, mujur mudah je cara memasaknya kan

    ReplyDelete
  3. sedap nyer....my faberet tauhu tu

    ReplyDelete
  4. Nmpak best..aq suka tauhu ni..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mang pun kalau tengah nyusu sesuai benor. sejuk badan gak ni kan,

      Delete
  5. lapo smula rasa tgk entry resepi dari k wantie ni...hehe...kalau depan mata ni, memang xtunggu dah...
    ngap terus la....hehe...

    ReplyDelete
  6. I suka makan tauhu lembut ni, dulu kalau ada jual kat gerai nasi campur, mmg wajib la. tapi nak masak nyer, mmg leceh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kalau I tak stim, sure pecah habis

      Delete
    2. owh kira once dah stim tu, dia lebih pejal la. mmg wajib kena stim dulu la ni yer. Hmmm boleh la I try nnt.

      Delete
  7. mmg best dan akan dicuba T... done nuffnang yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap je pun nak masak. kalau makan time panas pans lagi la walawei..

      Delete
  8. senang jer yer tp kami x mkn sgt tauhu lembut ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak t kalau rasa badan panas sikit memang akan makan tauhu ni.

      Delete
  9. tgk tauhu...nampak protein tinggi, hahaha..

    ReplyDelete
  10. tgk mcm sedap jer
    presentation mmg memukau
    tp sayang aku x mkn tofu lembut ni
    tp tofufa yg org jual lam bekas ada gula merah tu mkn sejuk2 sedap hahahaha

    ReplyDelete