Tuesday, December 31, 2013

Dating with my Niece

It almost three month my niece working in Penang
dek kerana tak keep in touch makanya aku tak tau pun..
tetiba je day before yesterday nak gedik gedik jenjalan kat FB
saj le komen kat post dia....
hmm.. dah jodoh kot nak bertemu ngan dia..

Dah siap plan nak jumpa kat tepian pantai
dah sampai masa tu hujan renyai renyai la pulak..
daun pisang pun tak de, kalau idak boleh la nyanyi lagu memori daun pisang kan..

Mula mtu cancel dah.. then dia cakap yang esok may be dia last day
nak tak nak aku pergi jugak..hujan renyai renyai je pun
redah je lah..ate lama tak jumpa jumpaan kan..
 hehehe..aku sengih sokmo de...
biasalah kan..orang happy mcm aku ni mana boleh nak masam masam kan..
eh..masa aku lahir kat dunia ni dulu sengih dulu ke nangis dulu?
kikikikik... sayang tak de video cam kalauidak boleh record wat kenangan..
ok..ok..syuh...syuh... merepek je lah aku ni

ecewah... gambo budget kat london.. la kan.. berkabus sejuk gedis gitu
wal hal dah mendung nak ujan dah time ni..
dia pun nak balik SP kejap lagi...
aku pun nak gerak balik rumah dah..

hehehe... nak jugak budjet Oversea ( over the sea side)  kat sini.
haruslah kan takkan nak biarkan anak sedara je verangan.
Mak sedara pun harus 2 juta kali ganda verangannya . kahhhhhhhhhhhhh


Aku memang jarang balik lambat after work.
memandangkan semalam nak jumpa my niece, so terpaksalah.. dia pulak nak balik SP.
Lenkali mai jenjalan umah mak cik pulak yer..

Bawa suami ngan anak anak sekali. Specially si Shah rukh khan tu.hiksss..



Note: Once in the blue moon jumpa, memang tak henti celotehnya kan..kan..


*** Try hard to handle it, no matter how hard it is..
       It all for our future.... I kept your word!
       "Give me your silly laugh "
     

The memory had Never Fade Off

Kalau di kenang zaman remaja memang indah.. bebas lakukan apa saja
rasa mcm dunia ni milik kita.. No burden no commitment..
every year..when it come to the date..my memory it splash off..
huh..sangat sangat indah..

New Year Night..

saat saat yang di tunggu.. nak tengok bunga api jatuh kat atas kepala di Padang Kota
sanggup le harungi jammed, menyelit je..
tiba detik 12 malam..bunga api berjuntaian jatuh kat atas kepala
even bunga api tak de la luruh kat atas kepala..tapi rasa mcm bermandikan bunga api je
kat tengah tengah padang tu..

Masa yang di habiskan bersama saat saat indah..
walaupun dah tak dapat diulang kembali..it still fresh on my memory
ye la kan..dah ada anak bagai..tak kan nak berpusu pusu gi tengok bunga api....
Tapi kan, kat area umah aku masih lagi dapat lihat dentuman bunga api
ada je jenjiran yang beli bunga api yang berdentum dentum tu
aku tengok dari koridor..best sesangat..

tetiba memori zaman remaja aku kembali mekar
tak pe lah... tak dapat ke Padang Kota, kat umah pun leh layan perasaan

Tapi sekarang dah tak de kot dentuman Bunga Api kat Padang kota
dorang dah pindah aktiviti tu kat Seberang kot
tak sure la pulak.



Premium led flashing light bangles
each time I saw the light bangle..I miss that moment..feeling great.



Note: The light bangle...I wear it all night...


*** And optimis stay up until midnight to see the new year In
      How far and how hard it is.. you still want to be with me..
     Each year past..I miss that moment.

Monday, December 30, 2013

Cerita di Hujung Minggu

Semalam dapat tau berita tentang ni..
terus Naiim jadi sentap... tak dapat la dia nak main main kat Pesta 
dah le si papa asyik janji je nak pergi..tapi tak pergi pergi pun..
sian my anak teruna...
nanti pergi main yang biasa biasa udah yer...

hmmm.. sejak aku pakai hp baru ni, hp lama aku si Aleesya la yang konker
tetiba aku rasa kat umah aku ni jadi lessword la pulak
memasing ngan gajet
hubby ngan note dia, aku ngan hp hensome ni
Aleesya pulak layan youtube
Naiim pulak layan lappy...
huh.....

Sabtu malam hubby dahbelikan semua bahan bahan untuk di buat laksa
hmm.. kalau dah bahan bahan tu lepak je kat dapur
pepaham le kan..
dia nak makan laksa le tu..

ok. gigih gigih masak laksa ni semalam
tengok hubby ngan anak anak makan, puas hati..

Tapi biasalah my perut ni. kalau buat laksa mesti nak jugak
nasi lepak kat dalam..
masak jugaklah nasi.. kang sakit baru fadan muker..


***Perbualan mesra suami ister**

Suami : Eh saya dah pergi survey harga tau..
Aku : ye ke.. mahal tak.. mmm.. besar mana? kalau boleh tak nak yang besar sangat
biasa biasa dah le..
Suami : mmm... ok jugak saya tengok, kita beli 3 nanti..harganya pun boleh tahan jugak
Aku : ish..awak ni, bila nak bawa kitorang pergi..tak sabar dah ni..
Suami : Nantilah... kita urus hal si Naiim masuk sekolah dulu, 
Aku : awak janji tau, saya nak yg mcm yg saya cakp tu..


 well..awak memang gini kan, dendiam buat survey, dah ok baru gitau yer..
sayang awak.. Baiknya awak, awak cuba penuhi keinginan saya..
Syukur..Allah pinjam awak untuk saya..


Note: Laju je $$$$$$ keluar bulan ni yer...




***If you love something let it go
      if it come back to you  it's yours ( ya ..you are mine)
      if doesn't, it never was
      and it's not meant to be
    



Sunday, December 29, 2013

Kinta River Front

ok ok.. cecepat je kami blah dari Stesen Keretapi Ipoh tu
ingat nak ronda gerbang malam ke uptown ke
tapi dah lewat.. ingat Ipoh mcm Penang ke.. leh bergadang sampai ke pagi..

Sampai kat gerbang malam tu pun dah nak tutup
So, My nephew cadang gi Kinta River front
kat depan hotel ni ada le pokok pokok yg di penuhi dengan lampu lampu
ingatkan sebab nak sambut Cristmas
tapi my Nephew ckp sentiasa gini kalau kat sini.
oooo IC..
see..camera aku pun dah kena minyak tanah, the small small spot dah ada kan..
so, cepat cepat la cuci..sib baik tak de apa apa..

kat sebelah kiri jalan ni ada la orang duk naik basikal.. reramai.. ala ala basikal melekat tu
then sebelah kanan tu ada karaoke, tapi utk cina je kot.
rasa mcm tak selesa pulak bila bawa anak anak beriadah kat sini.
tak pe la kita lepak kejap je.

there have one bridge with full of light. 
I call that Jambatan Cinta.. Ok kita bergambar kat sini kejap
mcm biasalah kan..si Naiim tu mesti tak melekat kat kami
meronda ngan kazennya je la..
 ha..ginilah lampu lampu yang berjuntaian kat jambatan tu
lawa je tengok bila time malam
tapi tak boleh lama la..
sebab sdi kanak kanak dah kelaparan
jap lagi kita cari makan K.
ok..at last Naiim join kami utk bergambar
kome nampak tak si Naiim tu. Tingginya dah hampir paras bahu aku kan..
Patutlah..ramai yg cakap di ni dah mcm darjah enam
wal hal baru nak masuk darjah 3

Kami singgah makan kat restaurant yang bertentangan dengan Padang Polo tu.
kata my BIL, restaurant ni mahal sikit.
Tapi..malam tu kami makan not bad la harganya, ok je..tak de la mahal sangat pun.

Kat luar tu tak de pun nama kedai
aku snap kat kaunter ni baru la nampak nama kedai tu
D'Polo Cafe..

malam tu aku nak merasa koay teow goreng dorang
hmm.. kena dengan selera tekak aku
tapi kan.. lain tau koay teow kat sini
sebab saiz koay teownya lebih besar dari yg biasa..

dah jadi normal kan sekarang. Bila time tunggu makanan mesti
nak main gajet cam ni. bukan anak aku sorang je
dah jadi kebiasaan bagi kebanyakkan anak anak kat malaysia ni.

Naiim pun cakap sedap masakan kat sini.. 
tu la penat berlari larian sekarang dah kelaparan.

hmmm.. bila tengok aksi Naiim suap Aleesya ni.
rasa mcm kalau beranak 10 orang lagi pun tak pe
tapi bila si Aleesya kacau Naiim.. rasa mcm cukuplahkot 2 org ni je. hahaha
memalam pun ko buat lawak .
sambil melantak pun ko nak ber peace bagai..
hahahahaha...


ok jom kita balik. esok nak pergi Cameron dah
kita take a rest...


Note: sometime we need some secret to be hide off



***just u and me know what are actually we are facing off
       Pray hard to remain as normal...

Saturday, December 28, 2013

Main Main Kat Padang

Actually nak gerak balik dah sebab my nephew ckp ada satu tempat tu
kawasan dia cantik sangat, pokok pokok pun berlampu depan hotel
sambil jenjalan balik tu tetiba dah Aleesya melekat kat situ pulak..

Aleesya dah tak bergerak, sebab tengok orang main lastik yang keluar cahaya tu
ntah apa nama ntah...
dah stature kat situ ko.. 
mang sah sah le Ibu kena pau malam tu.
 
 seronok tul dorang malam tu. Aleesya jadi tukang tangkap
sekali tangkap terus claim dia punya
mau meroyan la naiim ngan kazennya tu.

 pas lastik kat atas lastik kat bawah
sampai senget senget si kazen tu duk elak

 Adik pinjam kejap ye Naiim.
even masa tu Naiim dah tak puas hati sebab Aleesya dah start nak konker.

 Alih alih Aleesya tak nakkasi terus.
hahaha... berbulu la memasing..
kusyuk la si hubby duk ngajar Aleesya tarik tali tu.

Last kami beli lagi satu untuk ALeesya

ish susah tul nak faham, meh sini ibu ajarkan sekali..
dah garu garu kepala my hubby..

patutla tak dilahirkan jadi cikgu, ngajar sikit pun dah pening gini ha..
hahahahahaha...

 huh..lambat tul guna kaedah ibu ngan papa ni, main baling ngan tangan lagi senang
adoi.... tu le bukan tahap kamu nak main menda menda tu.

Last korang tahu apa jadi, rosak gitu je benda alah ni
then nangis nangis nak bola pulak.
haish..makin lama makin rabak ni..

 Masa ni dah panggil dorang tuk gerak balik
tengok Aleesya tu mendongal.. alahai.. kusyuk tul tengok lampu terbang tu.

ok..sebab mood aku malam tu mcm best je
nak le posing atas rumput gini..
walaupun shawl penuh minyak, ada ku kesah?
hahahahaha...



Note: Untuk bahagia tak perlu kaya Pun...


*** ““Love is like the wind, you can't see it but you can feel it.”
        
     

Friday, December 27, 2013

Kita Bakor!!! kita Bakor!!!!

Pas jenjalan ronda ronda bagai.. tetiba aku ter lalu kat satu kawasan..
tak tau pabenda tetiba keluar api berdesup desup.
aku pulak duduk dekat sangat.

takj de signal tak de ape terus berapi mulut dorang
ooo... dorang ni nak buat persembahan upernya, patutlah sengih kemain lagi kat depan camera aku.

padah le kan dah termasuk sikit aku ni kat dalam gelanggang.

punya lah dok teruja tengok api.
sampai bernafas pun dah bau minyak tanah aku ni
mula la rasa tak selesa..
layan jugaklah kejap sebab anak anak tengah teruja
tapi kalau ikut hati memang aku nak blah dari situ.
sebab...minyak tu dah splash kena aku..
aku saja besarkan gambar ni
tengok wajah suami, anak anakku dan juga anak sedaraku ( baju biru)
muka Aleesya lagi lah kan.. dah pakej seriau dah tu.

Tapi...tapi... sila kome perhatikan, apa la budak baju pink tu buat kat belakang hubby
cucuk punggung my hubby ke?
hahahaha... tengah buat entry ni baru le aku perasan.
hahahaha..
Aleesya mcm takut sangat kat api tu
jadi kami rasa better gerak keluar dari kawasan api tersebut.
sebelum tu.. eh kejap kejap kejap.. nak posing kat sini dulu
Tapi ..mcm best je kan posing siap buat peace bagai
tengok tudung aku dah bertompok tompok ngan minyak tanah

aku dok sengih bergambar, tapi kat depan tu ada la kakak kakak yang duk tunjuk tunjuk
ke arah aku...
apa hal le deme ni kan, kejap le aku nak bergambar je pun.

Bila Naiim tergur baru aku sedah...
hambek ko T, sedap je ko menyalai handbag ko tu kan..
hahaha... tengok gaya aku ni, dah ghuper nak start menari Mak yong je kan..

belek belek..sib baik tak terbakor..
kalau idak, mesti encik hubby kena pau belikan aku new handbag.

 sebelum berlalu dari acara api tu, layan kejap berphoto..
ala..bukan selalu pun kan..

hmmm... aku pun tau aku bukannya lawa mana pun tapi aku bersyukur
hati aku tetap cantik.Aku tetap bahagia.. dan lately Allah bagi aku bahagia berganda ganda
mungkin org lain tak dapat apa yang aku dapat.
Tapi tak de la sampai nak rendahkan org lain..

Sib baik aku tinggi kalau idak lagi le rasa rendah diri kan.,.kan..hahahaha

kebahagiaan itu adalah salah satu cabang rezeki
sesiapa yg merendahkan orang lain, Allah akan merendahkan harga dirinya juga..
fikir fikirkanlah..


Bak kata gieyana , my hubby has their own style .
hmmm yes dear, i aggreed with you..
wah tetiba rasa versatile la sangatttttttttttttt...


Note: high profile problem!!!

 


*** Im happy to be a part of your life,
       being love by you  give me strength,
       while loving you deeply give me courage,
       Love you from the bottom of my heart,
       Just hold my hand and I belong to you
       
      

Ipoh - Ronda Malam

Kami sampai kat Ipoh pun dah kul 9.00 malam. Singgah Umah Kak Chah
Saja tak mau ganggu dia, dorang tengah sibuk prepare nak berjual esok pagi
So, kami sesaja nak lepak ambil angin malam

Kata abang Lee, ramai orang malam minggu lepak kat Stesen Keretapi tu
So, kami nak join le
 huh..ramainya manusia kat sana...
mcm mcm aktiviti hado ko..
kami lepak tengok air pancut berwarna warni ni..


sejak ada Aleesya memang kami jarang keluar riadah memalam.
Sekali keluar...budak Aleesya dah tak tentu arah.. seronok mcm dah terlebih gula la pulak
Air pancut ni pun dia nak mandi..
sib baik tak tanggal semua baju seluar kat situ.
adoiiiiiiiiiiiiiiiiii...
 sambil jenjalan tetiba my hubby, aleesya dan kazennya hilang ntah ke mana
calling calling baru jumpa.

 then.. my hubby cakap kalau awak nak tengok tarian monyet pergilah hujung sana tu
ramai orang duk tengok..pergilah..

 sekali tengok hahahaha.. breakdance bertingkat tingkat ko
alahai my hubby, even tak tau nama tarian pun jgn la ghuper gitu..

eh sekali tengok aksi ni mcm ala ala je kan.. hikss..
mungkin aku yg dewasa ni rasa mcm ntah hape hape kan tarian ni
ye la setiap org akan tengok sesuatu tu dalam perspektif yang berbeza..

Tapi tarian ni not my taste la..

 aku ni kalau klik klik malas nak guna extention flash..rasa mcm banyak songeh la pulak
so, bila guna flash biasa, gambar jadi tak cantik lo..
bior le..bukan nak buat apa..nak tempek kat blog ni je pun.

Ni le stesen keretapi Ipoh.
tapi tak nampak ketapi pun, ada kot tersembunyi kat mana mana
ntah ntah dia masuk tido.. namapun dah malam kan... hiksss..

Kat sebelah tu bangunan Dewan Bandaraya Ipoh.
snap dari jauh..Malas nak pergi terjah depan depan..


 Nape mamat mamat ni dok sengih sengih.. nanti aku citer k
aku gapekan story supaya tak de la gambar berjela jela kan..

hok aloh ko sengih je.. terkejut ai tau masa nak snap photo ni
so spontan, tetiba dia re act mcm ni
mcm dah kenal lama sangat..... hahahaha...

Mr. hubby, u ok kan.. actually I tak kenal dia pun
tapi dia kenal Ai kot..
ntah ntah .. Ai je yg perasan. kahhhhhhhhhhhhhh...


ok..nanti aku citer who are they that night yer.



Note: Mak Ai.. banyak tul road Block malam tu.


*** I sent my laugh to you to share the happiness
       I sent my tears to you to share my sadness
      I sent myself to you to feel the warmers
      I gave the whole of my life to be with you forever