Wednesday, May 8, 2013

PRU13- Berpelukan di hadapan Suami

PRU13  kan kah panas panas belaka
So, tajuk entry aku pun mesti mau panas jugak.

Ni satu hal pulak. Ade ke patut berpelukan dengan lelaki lain 
di hadapan suami pulak tu.
Yang si suami pulak rilek je
tak de nak marah marah..

hehehe...jgn marah ar..
Aku berpelukan ngan My Abang Chaq ok.
Nape lak my hubby nak marah marah kan...kan..kan..

Setiap kali sebelum balik aku mesti singgah umah abang chaq
salam salam dan peluk cium bagai.
Aleesya ni kalau jumpa buku kat mana pun dia nak menyonteng
kalau aku panggil abang aku "Abang Chaq"
Anak anak aku panggil my abang chaq as "Abah"

abang kedua as "Ayah"
Abang ketiga as "Abi"

harap harap besar nanti dapat la dorang bezakan yang mana pak long, pakngah dan Pak Lang.
usha jap ayam itik my abang. tetiba rasa nak makan itik la pulak.
kalau aku bersuara nak makan itik. confirm my abang akan korbankan untuk aku
tapi tak pe la lenkali la wat manja manja ngorat itik dia ni.

abang dok  bising sebab aku tak pergi ngundi lagi
sabar le kan, nak pergi time akhir akhir
masa tu baru la orang sambut ngan kompang  kapet merah bagai
(hahaha,, perasan kejap)
 
mana tak nya kan, satu undi pun berharga kalau ada saki bagi pengundi yang tak mengundi.
nak le jadi perhatian di saat akhir. kwang..kwang..kwang...
kat umah abang chaq ada telaga a.k.a perigi.
saja la abang korek perigi ni. tuk waktu awasan.
mana la tau tetiba air tak de ka, bill kena potong .(kedah kan selalu tak de air)

sejuk tau air perigi ni.
Amirul pulak gedik gedik nak mandi air perigi
dah cakap seluar tinggal yang tu je, yg lain tak basuh lagi.
dah le bawa balik seluar sikit je.
 
huh.. ada dia kesah. sekali dia basahkan jugak seluar tu
dah le abang chaq tu ramai anak perempuan
mana nak ciluk seluar lepas ni.

Dah teruja sangat Amirul nak mandi air perigi
baldi yang berat tu dia ceduk sampai dapat jugak
dalam hati " kuat jugak amirul ni noh.."
 
sampai nampak semua tulang rangka.
punya la semangat nak mandi air perigi.

Dia mandi ni sebab dah belemuih " kotor" habis satu badan
sebelum tu dia ikut kazen dia pergi sauk anak ikan kat belakang umah  abang aku tu.
tak de la aku snap photo dia sauk ikan tu.
ala..sauk ikan guna penapis santan kakak ipar aku. hahahaha..
belasah je asal dapat ikan udah le..


cari seluar semua tak de.last aku recyle balik seluar kotor tu
hambek.. hahahaha....


aku je ralat sangat bila baju anak kotor. 
anak sedara aku kat kampung tu rilek je, baju kotor ke 
pijak taik ayam taik itik. dorang tak de la geli geleman bagai.
saja la aku ni kan.. 
 
ala.. aku dulu pun sama. mana tali air yang aku tak jelajah
mana hutan belukar yang aku tak redah...
time anak anak...nak bising. pe hal le kan aku ni.. hehehehe..


Note: sekali sekala pecah anak tekak bila jumpa abang abang.

16 comments:

  1. beshnya amirul mandi air perigi..sejuk..

    ReplyDelete
  2. dh lama gila tak mndi air perigi.

    ReplyDelete
  3. uiii mesti best kn mandi perigi...lbh2 lg time panas membara ;-)

    ReplyDelete
  4. mandi air perigi mmg best sgtlah T!

    ReplyDelete
  5. best tgk Mirul mandi air telaga tue..sure sejukkkk...

    ReplyDelete
  6. sreonoknyerkan...ingat zaman kita kecik2 dulu benonyer sangat bestkan..... anak2 kita tak merasalerkan.. kononnyer kita ni ibu yang modenkan...
    ha.. ha...

    ReplyDelete
  7. WAHHH BESNYER MANDI PERIGI... DULU TAIM KECIK2 SELALU MANDI KAT UMAH NENEK SEKARANG DEPA DAH KAMBUS PERIGI TU... SUKA BAU PERIGI.. HEHEH ADA SATU BAU SUSAH NAK CAKAP..

    ReplyDelete
  8. alaaa best nyer mandi ayak pigi,,,, kompem sejukkk giler....

    ReplyDelete
  9. Seronoknyaa balik jumpa adik beradikkan T. Meriah..gitu.. :)

    ReplyDelete
  10. bestnya mandi air perigi... :)

    ReplyDelete
  11. best nya part mandi air telaga tuu.. sejukk kan!
    follow 616
    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Bestnya mandi air perigi.
    teringat mandi air perigi di kampung..

    ReplyDelete
  13. tajuk mang hangat n panas...hihi
    rindu pulak zaman kecik2 kat kg dulu...

    ReplyDelete
  14. alaa...rindunya nk mandi air telaga..
    untungnya mirul zaman skang leh mandi air telaga lagi..

    ReplyDelete
  15. taw dh..sure hg nk cite hg peluk abag hg..hehe

    aku penah mndi air telaga gak..masa kt kg abah aku..kt alor pongsu..but now sejak arwak tok n tokwan tk de..perigi tu dh tk guna..huhu

    ReplyDelete