Tuesday, September 10, 2013

Hukuman Denda Yang Dilarang Di Sekolah

Masa sekolah dulu pernah tak  korang kena denda.
Soalan ni aku tanya tuk mereka yang bersekolah sekitar tahun 2000 ke bawah sahaja.

 
Banyak betul bentuk hukuman yang aku terima masa belajar dulu telah di gugurkan.

untuk record:-
1.Masa sekolah rendah selalu kena cubit kat perut dengan Cikgu Zainab sebab Jawab soalan Matematik asyik salah je.Dah le cubit siap pakej pulas pulas lagi. wow.. nikmatnya rasa.hahahaha

2.Lari keliling padang sebab datang lambat masa salin baju Pendidikan Jasmani.
Bagus jugak, boleh tambahkan ketahanan fizikal. 

3.Duduk diluar bilik darjah, belum pernah kena lagi. tapi kengkawan selalu kena kerana dorang
tak bawa buku ke sekolah atau tak siapkan kerja rumah.

4.Berdiri atas kerusi/Meja- selalu, sebab jawab soalan selalu salah. Rasa best sebab tetiba lebih tinggi dari kengkawan yang lain. Glamour pun ada kan..

5. Dipukul dengan pembaris secara pembaris tersebuh di tegakkan. Tiba tiba jari jemari ada tattoo ko.

6.Ketuk ketampi. Normal lah. Boleh buang lemak lemak yang ada.muahahaha

7.Maki hamun tak pernah la, tapi selalu kena perli ngan cikgu. 
Yang ni aku tak suka, sebab hal Mak bapak Cikgu perli anak anak.
salah ke jadi anak kepada ibu tunggal? sangat tertekan OK!

8.Pernah dimaki hamun dengan kata kata lucah oleh cikgu. berbekas sampai sekarang
kalau sekarang cikgu wat gitu. tido lokap kot cikgu tu.Extreme benor ku rasa.
sampai sekarang aku tak boleh nak bertentang mata ngan cikgu tu.


9. Menarik rambut/telinga- selalu tengok budak lelaki kena ngan cikgu Noor Mohammed.
sian deme..


Memory:-
Suatu hari ada budak lelaki duk bunyi "Peeewiit" then kebetulan cikgu Azmi lalu, So, Cikgu suh dorang buat peewit.. sampai non stop. Tetiba ada pula budak block lain pun bunyi jugak, pas tu block ni pulak bunyi bersahut sahutan. hahaha...
Lastly, cikgu panggil dorang semua kumpul  ramai ramai buat bunyi  pewittt tu sampai letih. hambek.
Kami kat dalam bilik Darjah, ketawa guling guling.
hahahahaha....hambek..nak peeeewit sangat kan, peeeeewit la sampai lebam!




Note: Cikgu pun manusia jugak, kalau dah banyak kerenah sangat dorang pun tak tahan.







7 comments:

  1. kalau denda yg ringan2 pun x leh maka naik lemak la budak2 ni.

    ReplyDelete
  2. yang last tu lawak. hahaha..

    budak2 sekarang.. manja bebeno... haih!

    ReplyDelete
  3. dulu2 hukuman macm ni dah jad sesuatu yg biasa buat KA hehehe

    ReplyDelete
  4. tak suka laa ngan peraturan baru ni..
    ramai sgt ke yg mak bapak marah anak dia kena denda??
    tak tau ke denda kerana kesalahan tu adalah perkara yg menjadikan satu pengajaran dan pengalaman hidup...
    Ia juga adalah kenangan manis bila dh besar2 nanti.

    ReplyDelete
  5. penah jugak kn denda ms sekolah dulu..yg paling ingat dl bl kn cubit ngan cikgu...

    ReplyDelete
  6. semua hukuman yang dilarang tu dilaksanakan di sekolah aiza dulu.. aiza pernah kena pulas perut, berdiri atas kerusi dan ketuk tangan dengan pembaris panjang.. pulas perut sebab cikgu tuduh aiza ganggu kawan, padahal aiza tak buat pun.. berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan kuiz.. kena ketuk dengan pembaris tu sebab jujur sangat kat ustazah aiza tak solat subuh.. bila ingat balik semua tu rasa rindu.. manja betul budak-budak sekarang sampai semua tu dah tak boleh..

    ReplyDelete