Thursday, September 12, 2013

Bawa Josapine Balik Rumah

Lepas je balik dari klinik semalam, aku ajak je hubby terus ke Sungai Ara
pergi le nengok nengok adiknya yg menjual buah kat sana
sabtu lepas aku je pergi ngan Naiim, kali ni moh gi sekeluarga
ajak dia datang umah tak nak pulak, tak de orang jaga buah katanya.

Masa aku sampai tu aku tengok lori kontena dari Johor
Bawa mai buah Nenas Dari Johor kat gerai sebelah gerai BIL aku tu.
Sembang itu ini, pas tu hubby nampak satu tag nama buah Nenas tu
Nanas "JOSA" hmm.. nenas yang datang dari tempat yg namanya Josa kot
tapi ada ke kat Johor tu nama tempat JOSA?
pas tu tuan kedai tu ckp, JOSA tu nenas kacukan Nenas Johor dengan Nenas Sarawak
oooo... JOSA = Johor Sarawak.


Then aku belek belek Nenas yang baru turun dari lori tu
cantik nenasnya, mata besar besar ko.
Nama Nenas tu Nenas Josapine, katanya
nenasa Josapine tu nenas Josa le. ngeeee

Saja pilih yang dah masak, sebab aku nak ngap dengan seberapa segera. hahahaha
Aku beli 4 biji, murah pulak dia bagi kat aku. ngeee..

Ok, aku bawa balik Josapine ni ke rumah
Nak rasa cam na la si Josapine ni kan..

Aku potong sebiji, makan sikit pas tu bawak pi office sikit
makan kat office sampai lebam... sangat sangat manis
tak payah letak garam tuk makan.

 Oh  JOSAPINE , you are so sweet!!!
Ni pulak buah dokong yang BIL aku bagi
sedap..manis

Kalau nak makan ni, kena sembunyi sembunyi, tak boleh bagi Aleesya nampak
dia kan tengah demam... kang lambat baik pulak

Dapat jugak buah petai ngan limau ni
petai dah selamat di buat sambal semalam.

Limau tu pulak, Naiim dah makan kelmarin



Note : Sebelum ni cuma tau Nanas Morris ngan Nanas Bali Jerk..

10 comments:

  1. glemer yuu nama nenas.. paulina pun ade. haha..

    nasibla josapine kena ngap habis2an.. kecuq liyuq.

    ReplyDelete
  2. perghhh....
    sedap plak tgk warna nanas tue...
    slupppp...

    ni jd x kita dating ngan mek zura tue?

    ReplyDelete
  3. Kty suka makan nenas ..
    petai pun..terliur tau ..

    ReplyDelete
  4. sedapnya nanas tu..kecuq ayaq liur
    aku bab2 nenas ni suka masak pajeri ngan gulai lemak sedapnye woiiiiiiiiiiii haha

    ReplyDelete
  5. ingt apa la Josaphine tu..
    rupanya nama kacukan nenas..haha

    ReplyDelete
  6. Nanas ni universal namanya, seluruh dunia memang orang panggil nenas, nanas, ananas... cuma english jer tiba2 jadi Pineapple. Hahaha kelakar kan. And ramai mat salleh yang ingat pokok nenas ni macam pokok palma yang besar tinggi tu. HIhi lawak tau dorang ni.

    ReplyDelete
  7. dulu akak ingat josapine ni nenas dari filipina tau..
    tp bila tgk rancangan apa ntah kat tv1 tak lama lepas tu..baru tau sebab apa nama dia josapine, hehe..

    ReplyDelete
  8. Ingtkn sapelah si josaphine upenya nenas. Sya ske mkn nenas sarawak. Sdp

    ReplyDelete