Naiim Spoil the sms
------------------------------------------------------
Mcm biasalah kan, aku ni malu sket kalau nak wish face to face to my hubby.. ecewah budget comnel le kan
so, aku sms je la kat hubby, wish anniversary and sweet sweet word semua la kan..
masa tu aku kat dalam bilik, hubby kat dapur dan Naiim kat hall..
tengah main game kat Note papa..
Sekali dak Naiim ni, nampak sms masuk, received dari si ibu la pulak kan
terus dia baca.. baca kuat kuat la pulak sebab nak bagi papa dengar.
adei malu eden tau..
Sib baik la baca half je, terus si papa datang ambil note dia.
ish..budak ni wat spoil mood je lah.
_____________________________________________________________________________
Ingat tak my entry tentang my anniversary gift yang early birth tu
then aku ada cakap kat my hubby yang hadiah untuknya will be deliver on due date kan..
so, haruslah tunaikan.. tak baikkan lengah lengahkan, kang merajuk pulak..
ok.. nak tayang sat muka orang yang dah kawin 11 tahun. wuish.. lama dah aku kahwin kan..
kata orang bila menginjak fasa 11 tahun ke atas, rumahtangga kita akan diduga..
moga moga dugaan/ujian yang Allah berikan kepadaku tak sehebat badai ombak di lautan..
hakikatnya aku memang menyedari yang aku sedang di uji,
sebelum ni aku memang ada pernah beli jam untuk my hubby. Tapi jam tu mcm tak sesuai untuk dia.
so kali ni lebih baik bawa empunya diri untuk pilih sendiri.
benornya dah banyak tempat dia survey. memandangkan jam tu new arrival, so tak de discount la kan.
Cuma kat sini je dorang bagi 20%. adei.. 20% jer..tak pe lah.
as long as my hubby happy aku pun happy jugak.
sambil pilih jam, sambil la dok tengok si Aleesya tu..
suka benor dia main hide and misiing..
biasalah kan..my hubby kan suami mithali.. ngeeee...
happy le tu dapat jam yang berkenan di jiwa..
kata adik jurujual tu, jam ni special sket ada dua engine..
then apa ntah lagi, aku pun tak berapa nak dengar sebab dok sibuk ngan Aleesya..
Biar le my hubby je yang tahu kelebihan jam tu
dah dia yang nak pakai kan..kan..kan... hehehehe..
comel je kan kat tangan my hubby..
benornya aku suka yang bulat dan ala ala boyish sket tu..
ala.. yang nampak garang sikit tu... tapi harganya tak termampu eden..riban riban ko.
hahahaha...
ok..warranty card tu penting okey.. kang jadi mcm jam aku pulak kan..kan..
lepas je beli jam tu kami terus balik, sebab si Naiim tinggal sengsorang kat umah
lagi pun dah nak masuk magrib. malas nak lengah lengahkan masa.
Note: Sebelum datang beli jam ni, dah jelajah 2 tempat bershopping. hiksss..
yesterday is our day.. so, let enjoy k.
*** I love you without knowing how,why or even from where...
When I said I love you I meant forever...
Alhamdulillah, bkn senang ye nak menyampaikan ke nombor 11 tu, hehe..
ReplyDeleteNanti wan tengok jam...mesti dia ingat isteri kesayangan dia ni jgk. Kalo kat tempat keje..rasa nak balik cepat2 jer nak tengok wajah kesayangannya tu...hihi.
phewww.....
ReplyDeletesuka2...
happy belated anniversary kak!
ReplyDeletesalam my pren...lama i tak menjenguk u haha...
ReplyDeletesamalah kita selalu mang klu wish tak face to face... ayat yang keluar dr mulut tu tak romantik langsung berbanding klu kita msg dia kat fon...hikhikhik...
wahh dapat hadiah jam..
ReplyDeletemesti seronok sgt2 ..
happy anniversary lagi sekali utk kak somi isteri..
wah..sweet gitu...
ReplyDeletelama juga 11 tahun tu..tahniah T..
mesti terasa macam sekejap je masa tu kan...terasa mcm baru je bernikah
ke 11 dah k wantie...lama tu...sy yg baru nk masuk tahun ke3 ni pun rasa cam lama dah...hehe....papepun moga ikatan perkahwinan akak n suami sentiasa di bawah rahmat Allah taala dan bercinta sampai ke syurga....seronok bila tengok orang sambut anniversary ni..tambah-tambah yang dah berbelas-belas tahun...
ReplyDeletealhamdulillah dah 11 tahun.. aizadoakan semoga terus diberkati Allah dan kekal bahagia hingga ke syurga.. suka suami kak dapat hadiah jam tu..
ReplyDeleteiols sokong komen kak alona
ReplyDeletehari2 tgk jam rs mau balik cepat2 nk tgk muka bini awwwww ekeke kbai
hahaha..gelagat Naiim ni buat tergelak lah kak... tak pasal2 Ibu nya tersipu2 malu..hehe
ReplyDeletehahaha..
ReplyDeletenaim spoil saat2 romantis ibu n papa..
lawa jam...
lama ak tk tukar jam gk ni..
tk pe la..pakai smpi rosak..haha
Gelak kty baca ..si naim ..naim..bijak betul.
ReplyDeletewah terasa suami tu dier dihargai T.... hehehe
ReplyDelete