Saturday, May 3, 2014

Review Hotel Crystal Crown Petaling Jaya

hehehe... asyik nak review je kojer aku ni kan.
tak pe lah.. kena la simpan kenangan kat sini
sebab ntah bila la dapat lepak lagi kat sini kan..

kenapa aku booking melalui Agoda dan tak directly booking ?
sebab aku kena bayar dulu baru boleh claim kat company. prosedur company ok.

then kalau booking Agoda ni aku boleh dapat point. hehehehe
killing two bird by one stone la katakan kan..kan...

Room rate RM 239/nite. so aku ambik 2 malam ( RM 478.00)
see, cuma untuk 1 px je the price is like that. tu belum yang deluxe room agi kan.
sebab hotel ni  bertaraf 4 Bintang ke lebih sikit tak sure la. tapi gitulah bintangnya.hahahaha

Masa check in kat sini tak payah deposite macam Avillion Legacy Melaka tu.
even star nye lebing kurang je, tapi kat sini tak perlu yer.
gambar google.
tak kan le aku nak gi luar Hotel semata mata nak snap picture hotel ni pulak kan..

kalau nak compare ngan hotel 4 star ( Avillion Legacy Melaka) that day
aku rasa lobby Avillion lagi cantik dari yang sini
tapi si Avillion tu cafenya tak cantik. Cafe kat sini lagi cantik dan luas..

sebab aku book one pack je kan, ingatkan dpt single bed le, ghupernya dapat queen bed you.
bilik pulak luas yaqmat.  boleh main lari lari anak sengsorang kat sini.

ada dua ruang satu ruang untuk katil dan satu ruang lagi mcm mini hall le

meja tulis pun dah mcm office. L shape lagi tu
facing lagi satu tingkap kat ruang mini hall tu.
memang besar bilik ni..padan ngan harga la kan.

wifi kat sini memang laju giler
sempat lagi aku BW kat sini tau.
tapi bila dah kul 11:30mlm gitu dah slow dah...
tak dapat eden nak BW, zzz jerlah kan..

sofa comel ni berada di tengah tengah mini hall tu.
boleh la lepak kat sini sambil nonton TV.

coffee cabinet yang banyak sangat drawernya. 
kat bawah tu mini bar. tak guna pun ngeee..
facing this cabinet adalah almari baju..
dua dua cabinet ni  terletak kat pintu masuk..

yang ni pulak view bathroom.
sebelah kanan tu shower room. then sebelah kiri pulak bath tub
dah duduk pun sorang tempat mandi pun ada dua,
boleh main kejap mandi kejap berendam la pulak
hahahaha...
memang luas bathroom ni tau

dok terfikir la aku ni, menda alah apa la yang lepak comel kat sini
ada plug untuk shaving, tapi yang mcm vacuum cleaner ni menda apa la pulak
sekali aku bukak..zrrrrrrr sound keluar. (jakun seketika )
ghupernya ni la hair dryer..
bagus kan wat gini selamat...

 Masa room cleaner datang wat service tu aku mintak extra syampoo ngan bathgel
aku tuang kasi berbuih buih
main rendam rendam dalam bathtub ni..

 toiletries pun meriah you..
semua ada, even aku pompuan shaving cream dan poencukur tu pun dorang kasi.
hahahaha..
 ha.. ni le shower room dia. muat untuk seorang..
eh dua orang pun muat le..

guest who snap my picture.. hahaha.. boleh agi layan picture ngan time setting tu kan..
sabor je lah..



 berselfie sebelum gerak gi kursus kat 2nd floor
sebelum tu gi breakfast la dulu...


picture ni aku guna monopod. Tapi monopod mcm tak seswai ngan S4 Zoom aku, 
sebab body S4 yang berbonggol mcm unta tu menyebabkan monopod aku tak mo pegang dia kemas kemas
asyik jatuh je.. sib baik try kat atas katil
kalau jatuh ke lantai hacur berderai la enpon aku tu kan..



 Time ni masa break untuk lunch kursus yang kami attend
aku ajak dorang datang sini untuk sembahyang
sembahyang kat bilik aku ni pun ok je..
sebab luas kan..
so, gedik gedok kejap k.

dah lepas sembahyang bergambor lagi.
last semua orang dah masuk bilik kursus, kami baru jalan jalan itik masuk
wat muka tak malu dah le.. hehehehe...

ok sambung agi tentang citer bilik ni yer..

iron memang dorang sediakan, tapi tak sediakan kat bilik. kena call dorang untuk mintak
then lepas korang guna kena letak kat pintu luar bilik.
systttt..tapi kan hari tu aku guna lupa nak letak kat luar sampai deme ketuk pintu mintak
kui kui kui..

kat sebelah  bilik aku berkursus tu ada kolam renang.
hmm... tak bape best kolam renang dia. kecik jer...

kekalau ada yang lain tak taulah la pulak.
yang ni kat 2nd Floor.



Note: entry panjang bebenor.. ye la pas ni mungkin akan slow sikit entry aku ni
tapi jgn bimbang, BW for sure k.




*** The value of time..
       The moment that we spend 
       The Memory that we create
       will never faded in my mind and my heart
       that really special...

7 comments:

  1. wahh kemain uols siap berendam2 lagi kan :)
    uols ni byk sgt kesalahan ejaan..hahaha yg lepas2 pun gitu gak hahah gelak iols bc taw

    ReplyDelete
  2. bestnyaa tengok bilik air dya.. seharian boleh dok dalam tu memanjakan diri..

    ReplyDelete
  3. bagoi jugak book hotel guna agoda ni ye..... awok tak pernah try lagi...... jauh jugak cik wantie berkursus ye.... sonok le... sambei berkursus...sambei berjalan...

    ReplyDelete
  4. boleh tahan la rega nyer kan, cantik dan besar, mmg berbaloi. takpa...untuk kursus kan, kalau nak duudk2 mmg tak la kot sebab area situ bukan ada apa pun kan... ker?

    ReplyDelete
  5. 2 thn ddk PJ, hotel ni cuma tgk je dr jauh

    ReplyDelete