Monday, March 3, 2014

Avillion Legacy Melaka

Ada hal sikit kat Melaka... 
Saja tak mo naik bas, sebab umah tepi lapangan terbang je kan
so, lebih senang naik flight je..
kenapa aku ke sana? tak yah la nak bagitau..
hanya mereka dan keluarga mereka je yang tahu... ahaks...

suka nau aku tengok awan bila berada di atas tu kan..
ntah le.. asal naik flight je mesti nak usha awan... nampak sangat sangat cantik..
betapa indah ciptaan Allah.. tak terjangkau dek akal manusia.. tul tak?

ok.. ni nak citer sikit tentang hotel yang aku menginap tu
Avillion Legacy Melaka
Even dah pun bayar untuk harga bilik, tapi masa nak check in tu kena kasi deposite RM100.00 tau
mungkin hotel ni kategori hotel 4 Bintang, so prosudernya gitu la kot.

kome tengok kat receipt tu, "Heritage Charges", RM2.00.
baru aku tau yang ada  City Tax kalau masuk melaka ni ..
eh tak tau pulak aku kalau outsider yang masuk penang kena City Tax ke idak?
ye la kan, Penang pun Heritage town jugak.. ngeeee...

ha.. ini view Hotel Avillion Legacy Melaka ni..
someone had help me to snap this
thank you yer..

ok..dah lepas check in tu...
apalagas.. tak reti reti nak masuk bilik. ngeeee...

Ni sebahagian dari view lobby nya
so cantik ma...
sori ye..gambar eden non hado kat sini..sebab aku malas nak berselfie bagai..
maklumlahkan pergi sorang 
kalau ngan familly.. tu lain le..

ni pulak view cafenya..
sori jugak, masa aku breakfast kat sini, kesihatan tak bape best
so, mood nak snap photo tu macam ke laut je...

see.. duduk sorang je, dapat bilik besar lak tu. 
sape nak tumpang? hehehehe...
serious besar biliknya..
ni kalau bawak anak anak ni, tak yah book familly room la kan..

memang luas, ada study table kat situ.. 
hmm.. bilik besau ni duduk sengsorang takut jugak..
so... memalam tido sambil buka lampu le..
mana tau kang si pocong lepak sebelah... muahahahaha..

bilik air pun luas..

siap ada bathtub lagi..
hmm.. mula la kan dok teringat kat anak anak di rumah 
kalau la dorang stay kat sini... 
mesti happy kan.. kan...


ini pulak coffe bar corner..
aku tak de pun bancuh kopi kat sini, tak de rasa nak minum pun..

selain itu, dorang memang dah sediakan Iron, Iron,stand hair dryer dan mini bar
aku suka sesangat sebab semuanya di sediakan kat bilik
tak de la nak kena keluar bilik untuk iron baju...


kiranya aku bagi 10 bintang untuk hotel ni
nanti kalau datang bercuti nak datang hotel ni lagi lah..



Note:  Macam tak percaya boleh terjah melaka sengsorang... 






***  Dont wait for the perfect moment , take the moment and make it perfect
        every moment I spend with you...
        is like a beautiful dream come true...
        and I ill miss all that moment forever....
       
       








19 comments:

  1. Avilion nie memang besttt... especially swimming pool diaa.. besarrr... dan tak ada orang pun.. roof top lagi.. :D idah dah beberapa kali menginap disini... bilik pun selesa kan wantie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la idah tak sempat nak jelajah sampai ke swimming pool tu. masa suntuk

      Delete
  2. Waa ada misi rahsia yer T.. tapi mmg cantik laa hotel tuh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la rahsia..biasa je. cuma mcm tak perlu kot kongsi kat sini.

      Delete
  3. memang ada gaya taraf 4 bintang ...seronoknyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seronok kalau dapat pergi satu familly

      Delete
  4. aik bkn uols pergi KL ka
    x jadi ka?

    ReplyDelete
  5. beshnya bilik ..besar giler.
    mesti teringat je kat anak2 kan ..

    ReplyDelete
  6. wah mmg bestlah kalau stay kat hotel ni !

    ReplyDelete
  7. hahaha...sama lah kak... kalau tido sensorang kat hotel mesti buka lampu. serraammm... sensorang

    ReplyDelete
  8. kalau ak sure tk best
    sbb sorang2..huhu
    duk bilik sorang2 plak tu
    mmg ak angkut family skali gitu..ahha

    ReplyDelete
  9. Menarik tpt ni..mn tau sesat p melaka leh lepak sini ka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended dear. Pasti puas hati ko

      Delete
  10. eh, camner leh p sana sesorang ni...

    ReplyDelete
  11. aiza pernah menginap di sana ketika kerja dulu.. memang selesa hotel ni.. kak ke melaka ada urusan ya?

    ReplyDelete
  12. best kan experience dok hotel yang best macam ni...tak bagitau pun baper harga biliknya...mesti mahal ni...

    ReplyDelete