Monday, January 25, 2016

4 January 2015

Nak je kan update my blog..
Bukannya apa..tarikh keramat dan sesuatu peristiwa tu kalau dah lelama ingat ingat lupa la pulak

Penghujung 2015 memberi kesan yang sangat sangat mendalam kepadaku
30/12/2015 tak de angin tak de ribut.. tetiba je aku di sahkan demam denggi
masalahnya aku sendiri pun tak tahu yang aku demam denggi

Memandangkan aku mengandung jadi pemantauan lebih rapi dilakukan..
aku di admitkan dan tahap kesihatan aku di pantau
platlet darah aku turun hingga 16 kata doktor..

Pada 4/01/2015 aku bebas denggi cuma platlet tu ja kena ambil masa sikit 


Tetiba tak semena mena air ketuban keluar..
korang tahu kan apa maksudnya...
Dalam usia kandungan aku dalam 17 minggu tetiba air ketuban keluar..
aku dah dapat jangka apa yang bakal aku lalui selepas ini

Doktor scan perut aku dan dapati air ketuban di dalam rahimku telah kering
Ya Allah.. tabahkan lah hatiku kuatkanlah semangatku..

Petang tu jugak, masa hubby datang melawat
kurangkul suamiku dan berbisik.. "Anak dah tak de"
Suamiku dalam nada terkejut tapi tetap tenang..
ku menangis di bahu suami semahu yang boleh...
Tapi..ku masih bertahan kerana emosi ibu dapat memberi kesan kepada bayi dalam kandungan..

Tetiba aku mula sakit.. sakit contraction !!!
ku tahu,baby dah menunjukkan tanda tnda ingin melihat dunia..
Ku redha..pada saat itu, pabila doktor menyatakan
"Baby yang lahir pada usia 17 minggu memang tiada harapan untuk hidup"
Ya Allah besarnya dugaanmu..


Jam lebih kurang 5-5:30 prtang ku melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat
malangnya bayiku tidak bernafas lagi..
Ku redha ya Allah...kerana hanya Allah yang lebih mengetahui atas segala galanya

bayiku selamat di kembumikan di kampung suami..



Note: sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya.


7 comments:

  1. Alahai sedihnya , moga tabah. takziah.. moga tabah menghadapi dugaan ni.. insyaAllah lepas ni dikurniakan baby lain pula..

    ReplyDelete
  2. Syurga tempat mu wahai Aisyah sayang
    Besar dugaan mu tie..x mampu aku!!
    Ko kuat tie..Dia Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  3. betui tie...semua yg berlaku ada hikmahnya...
    moga hg tabah dengan ujian ini, berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul....inshaAllah satu hari nanti ada rezeki yg lebih istimewa...

    ReplyDelete
  4. Takziah.. Insyallah kalau ada rezeki cuba laa lagi..

    ReplyDelete
  5. salam takziah kak wantie.
    semoga sentiasa sihat ya.
    mudah²an ada rezeki lagi utk akak sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Terbca yng ni, bru thu punca akk kehilangan bby.. Allah.. Berat dgaan tu..

    ReplyDelete
  7. Sedihnya bc entry ni...semoga akak kuat yer

    ReplyDelete