Saturday, April 4, 2020

Day 18, PKP Covid 19 _Reward coin Program

Hi 
Sempena PKP ni, aku sediakan program istimewa buat anak anak
kaedahnya, satu kerja akan dapat bintang
satu bintang sepuluh sen..

abaikan tulisan anak anak yang macam cacing kerawut tu..
hahahaha...

Actually sejak bermula PKP aku dah praktikkan program reward coin ni.
bukan nak mendera sebearnya. Tapi lebh kepada pembelajaran dorang tentang asas kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama dorang boleh belajar, bukan senang nak dapat duit, kena tumpahkan keringat baru ada duit..
secara tak langsung dorang akan berdikari..

Upah si adik hari ni RM 3.70 je, sebab..... papa lebihkan dia 30 sen, so jadilah RM4.
papa bayar lebih untuk upah garu kepala dan buatkan papa kopi..
eh..eh... my anak dara dah pandai bancuh kopi tau...

Yang ni uoah si abang, RM 3.90. bagi je RM4, dia pulangkan seposen kat aku.
eh..wajiblah kena bagi balance. Ajar dorang tak semua perkara boleh cincai..
hahahaha... 


Nanti aku sharekan jumlah terkumpul yang dorang dapat sepanjang 
PKP (Covid 19 ) ni yer..




No comments:

Post a Comment