Monday, December 28, 2020

Bersama Anak anak Buah

 Tak plan pun nak jenjalan. Saja whatsapp whatsapp dengan my anak anak fruits.Tetiba dorang cakap nak datang rumah. 

awal awal pagi dah bangun gulung tortila,siapkan bekal untuk sarapan. Nak gerak ke stesen keretapi, nak jemput dua anak dara tu. Sure lapar nanti sebab train dorang awal pagi.
cukuplah habuan dorang makan. Aeesya dengan Naiim pun belum sarpan lagi. ok jom gerak ke Butterworth.
Dah siap jemput dorang, aku pergi beli barang yang husband pesan. Alang alang dah kat Butterworth beli lah apa yang patut.
Masa on the way masuk island,jam dah hampir 12 tengahari. Jom kita pekena nasi kandaq.. perut kenyang best sikit nak jenjalan.

kesian kami,pkpb tak boleh cantum meja.Duduk lah berasingan..

banjir..


Anak dara pun dah lapar,makan dengan penuh berselera.

Habis makan, my anak anak fruit tanya nak kemana? Aku cuma jawab nak round Island je.Kalau ada port bagus kita lepak kejap yer..

Saturday, December 19, 2020

kusyuknya Buat Live

 16/12/2020 aku ngan sue nak pergi Mbpp padng kota.Nak kena renew licence perniagaan. apa apa pun kita breakfast duluan yer.

cari port breakfast macam biasa..mmmm..old town je lah sebab aku memang eddicted dengan white coffee dia.Sue pula suka chocolate drink. Kita order roti john john buat alas perut.
wajah tuan tanah wajib kena ada tau. 
tengok tu sempat lagi dia buat promosi untuk foundation jualan dia. laku keras beb. sesiapa cantik macam adik ni sila komen. nanti aku bagi contact number yer.
hahaha..aku curi curi snap sindia tengah buat promotion..
hahaha..jangan mara ar.. aku tembak banyak keping juga.
ok ok perut dah kenyang..jom kita ke Padang Kota.
dah sampai kat mbpp bahagian perlesenan tu, Sue kena duduk kat kat luar.
Tak boleh masuk ramai ramai kat kaunter tu. Nantu kena halau. Tak fahamlah,cakap leklok boleh tak? budi bahasa kat mana??
Aku pun duduk je kat pintu ni menunggu nama di panggil. Nasib baik ada sue, boleh juga main usik usik bagai..
keja dah selesai..jom balik.

Sunday, December 13, 2020

Pak Wan Gulai Sembilng Balik Pulau

 Selepas Aleesya dan papa balik dari hiking, they call aku cakap siap cepat nanti kami balik jemput kita pergi makan.

orite.. dah siap dan tunggu. Akhirnya dorang dah sampai kat parking. jom kita pergi makan. Masuk je dalam kereta papa tanya nak makan kat mana? ikut awak ler..then papa pula cakap ikut u la. I drive je..
ishhh... macm orang bercinta pula asyik pening nak makan kat mana..

Last aku bagi idea, kita makan kat balik pulau sebab balik nanti boleh singgah beli ikan pastu beli buah.. 
ok kita pergi makan kat Pak Wan kari sembilang kuala Jalan Baru. Tak tau nak pergi kita tanya google k.
ha kau jalan penuh berliku. Kami mengomel kat area paya bakau ni ada ke restaurant. google map ni silap kot.hahahahaha...
Sampai je ke destinasi,hambek ko kereta penuh parking,orang punyalah ramai sampai tak ada tempat duduk.Kena tunggu beb.
ambil kerabu kacang botol dengan taugeh dan ikan belanak kering.

gulai sebilang dah habis. kena tunggu dorang masak. Tapi ikan jenahak la. Sembilang dah licin.

oklah..jenahak pun sedap..cuma harganya mahal sedikit dari sembilang. kena tunggu dorang masak. dekat 20 minit juga kami tunggu sebab nak makan gulai panas panas

tak banyak lauk dah yang tinggal. Tu pun kami sampai sana jam 12:45. laku keras beb.
habis makan kami bayar. terkejut aku sebab kami makan bertiga sekali dengan air semua baru  RM21. murahnya...

on the way balik kami singgah kejap kat pasar nelayan pulau betong. nak beli ikan fresh yang baru naik dari bot.
malangnya ikan pun kebanyakkan dah tinggal sedikit je.
peniaga pun dah simpan barang sebab jualan dah hampir habis. 
Tak dapat la beli ikan kat sini. Selalu kami datang sini time pukul 1-2 ikan memang banyak lagi..

mungkin hari ni hari ahad jadi ramai pula manusia yang datang membeli. tak de rezeki kami. lain kali kami datang lagi yer.

kami terus ke teluk kumbar untuk beli buah pula. ada epal jambu batu dan mangga putik.

Ada mempelam masak untuk Aleesya. Dia ni hantu mangga masak. suka sangat.. nanti boleh buat manggo lassi dan jelly mangga untuk dia.
untuk aku pula aku beli pisang kaki,epal hijau, buah pear dan juga kuinin..

semua buah buahan yang aku beli tu dalam RM34 je. sejak akak security kat sekolah aku usul yang kat sini buah murah selalu la aku pergi beli bila stock buah dah habis kat rumah.. hehehehe..


Hiking Papa & Aleesya

Semalam Aleesya dah excited nak pergi hiking dengan si papa. baju dah siap gantung,Air masak dah masukkan ke dalam botol kasut stokin topi semua dah sia..

Aku memang nak pergi tapi si Naiim ada online exam. Tak boleh nak tinggal rumah.

wah wah.. ceria habis la wajah...Dah lama papa janji nak bawa Aleesya hiking..
dah berapa kali dia berhenti dan berkali kali jugalah dia ajak papa balik...hahahahaha...excited bukan main lagi ko yer..
papa cakap sikit je lagi..sikit je lagi...
gagahkan diri..berhenti lagi.. 
ajak balik lagi..papa cakap tak jauh dah nak sampai...lahai kesiannya..
tengok orang hiking,ko pun nak hiking kan...nah best punya experience...
bila dah nampak view sekeliling baru lah semangat sikit...ko kena lasak sikit dik,jangan manja manja taik kucing..hihihihi
dapat dah lihat bangunan mencakar langit di celah celah daun pisang tu..
jauh jugak sementara nak sampai..
hampir sejam. mungkin sebab Aleesya ni berkerenah kot. kalau org lain hiking ntah ntah 15-20 minit dah sampai.
adik nak sampai awan dah... chewah..ko ingat awab tu dekat dik.
nenanti nak ikutlah papa hiking..nak nikmati view yang indah ni juga..

masa they all buat vc tadi,aku cakap adik, snap gambar lompat satu.. 
hurm..inilah hasilnya. ok lah daripada tak ada kan.. hahahaaaa...


Note:- nanti kita pergi satu family yer.




















 

Thursday, December 10, 2020

Jelly Soap Aleesya

 Hari ni angin apa ntah le si Aleesya ni.Sejak siang sampai ke malam asyik membasuh kain je.

dia excited dengan jelly cube soap yang aku beli untuk cuci baju. Eleh dah lama pun beli,dia yg tak nampak. Kebetulan kelmarin dia nampak,terus hari ni teruja nak basuh kain.Habis baju abang yg baru pakai sekali je pun diangkutnya masuk mesin

hahaha...semangat mengira sukatan air. padahal aku pun main agak agak je air bila membasuh. Tapi bila anak tanya, saja je suruh dia refer line kat situ. Aat least ada something to refer kan..practise make perfect la katakan.
Nampak tak, asyik main main dengan jelly soap tu. moment sabun tu nak mencair buat dia rasa best kot. aku agak je la..
sidai baju cara budak baru belajar. guna kerusi lagi tau nak sidai baju ni. lepas sidai baju terus bagitau yang hanger ni rosak.
sebab dia jadi senget. nanti beli baru k.
Haishh... ko sidai sebelah je,memang la senget nak oiii... Biarlah,lelama pandai la ko balance kan..

Habis sidai baju pergi kat kabinet dapur ambil melted pot ni dengan coklat cooking terus dia  cairkan coklat. Kena la letak cocoa butter biar pencairannya jadi lawa gittew.
pandai ko selongkar barang barang ibu yer..

Tapi...buat apa nak marah,biar je lah. Beli semua tu pun untuk guna,untuk makan. habis nanti beli la lagi..janji anak anak happy.

Penat kot mmbasuh dan sidai baju bagai..
baru je makan nasi lepas magrib tadi. Now nikmati biskut jari celup coklat.


gelagat my anak dara ni kadang kadang hanya mampu ketawa dlm hati..kang ketawa berdepan merajuk pula.hihihihihi...


Halab with Sue

 hari ni ada urusan di mbpp bahagian perlesenan. selesai je urusan perlesenan, kami sudah kelaran.

Restaurant Halab ni terletak di chulia Street Penang. Nak usha usha web diaa boleh pergi sini yer.
kami order chicken briyani dan chicken maqluba

Nescaffe Smoothie..

Nak dapat makan kat sini pun puas juga la pusing pusing cari parking..
Dah hampir putus ada. Lastly dapat juga parking..
pergi berdua je dengan budak cantik ni.
makan sikit je,konon lapar la sangat kan. last tapau lebihan tu bawa balik.

merenung kejap di luar jendela. Mana tau kan ada anak raja lalu boleh cuci mata. Tapi kalau anak Rajagopal.. jemmmm.haahahaaha..
Lepas habiss makan kami nak bergambar kenangan jap kat sini. Yer lah nanti si cantik ni dah tukar status..susah dah nak outing.
kesian patung ni..kena peluk dek kami. hihihihi...
kenaa paksa dengan Sue untuk naik kereta rusa ni. Dah le kereta tu tak balance.sib baik tak terguling aku kat situ.
tak pe lah sue,ikut ja..nanti dah tak boleh nak main paksa paksa dah tau.
oooo...dia pun nak naik,tapi dia test kita dulu. pandai arrrr...
dah le aku ni kategori kenderaan berat. Dia tak pe lah..kurus jer..
last..tayang sket skirt yang di alter by Myra.
memang puas hati..
singkat sangat kan..kita sambung je kain kat kat bawah tu biar labuh..

orang 5'4 ni selalu bermalah kalau beli skirt.asyik singkat je..


ok ok... dah kenyang jom balik. singgah office jap untuk selesaikan satu dua kerja yang tertangguh..


"Best moment always come spontaneous"







Sunday, December 6, 2020

Get well Soon Amar

 30hb November 2020 @4 ptg.

En.Amar kemalangan semasa pulang dari kerja tadi. Text dari isteri En.Amar. what!!!. Terkejut aku,doakan semoga beliau baik baik aja tak serous kot.pujuk diri.

Kami dimaklumkan yang Amar transfer from GH penang to Island Hospital.Tak pe kita arrange utk hantar fruits basket dulu.
sincerely from management.
room 812. kami bertiga pergi melawat. sedih sangat sebab kami memang rapat. keluar lunch sekali. melawak bergaduh semuanya lah.
Boleh dikatakan akulah yg selalu menyakat si Amar ni kat offiice. kerap sangat aku marah marahkan dia. Bila dia accident dan tak muncul kat office.Rasa nyesal sebab selalu bergaduh ngan dia. terasa woo
Sue pun sama selalu la dok nyakat. selalu panggil bapa. hahahaha.


mata lebam mcam kena tumbuk
nasib baik tak de kaca ke pasir ke yg masuk.

hahahaha...sempat lagi dia pau milo kotak dalam mini bar. 

usik usik sikit bagi dia hilangkan nebes sebab pukul 3 nanti nak kena masuk bilik operation. tulang belakang nak kena masukkan screw.

kami doakan agar pembedahan berjalan lancar. lepas satu pembedahan ni, lutut pula nak kena simen.

speedy recovery ya. 
kami rindu nak main nyakat nyakat kat office.Jangan fikir pasal.kerja sangat.rehat bebaik ya.


Note-
kami kena pkpb ja tapi Amar kena PKPD.hihihihi..