Sunday, December 13, 2020

Pak Wan Gulai Sembilng Balik Pulau

 Selepas Aleesya dan papa balik dari hiking, they call aku cakap siap cepat nanti kami balik jemput kita pergi makan.

orite.. dah siap dan tunggu. Akhirnya dorang dah sampai kat parking. jom kita pergi makan. Masuk je dalam kereta papa tanya nak makan kat mana? ikut awak ler..then papa pula cakap ikut u la. I drive je..
ishhh... macm orang bercinta pula asyik pening nak makan kat mana..

Last aku bagi idea, kita makan kat balik pulau sebab balik nanti boleh singgah beli ikan pastu beli buah.. 
ok kita pergi makan kat Pak Wan kari sembilang kuala Jalan Baru. Tak tau nak pergi kita tanya google k.
ha kau jalan penuh berliku. Kami mengomel kat area paya bakau ni ada ke restaurant. google map ni silap kot.hahahahaha...
Sampai je ke destinasi,hambek ko kereta penuh parking,orang punyalah ramai sampai tak ada tempat duduk.Kena tunggu beb.
ambil kerabu kacang botol dengan taugeh dan ikan belanak kering.

gulai sebilang dah habis. kena tunggu dorang masak. Tapi ikan jenahak la. Sembilang dah licin.

oklah..jenahak pun sedap..cuma harganya mahal sedikit dari sembilang. kena tunggu dorang masak. dekat 20 minit juga kami tunggu sebab nak makan gulai panas panas

tak banyak lauk dah yang tinggal. Tu pun kami sampai sana jam 12:45. laku keras beb.
habis makan kami bayar. terkejut aku sebab kami makan bertiga sekali dengan air semua baru  RM21. murahnya...

on the way balik kami singgah kejap kat pasar nelayan pulau betong. nak beli ikan fresh yang baru naik dari bot.
malangnya ikan pun kebanyakkan dah tinggal sedikit je.
peniaga pun dah simpan barang sebab jualan dah hampir habis. 
Tak dapat la beli ikan kat sini. Selalu kami datang sini time pukul 1-2 ikan memang banyak lagi..

mungkin hari ni hari ahad jadi ramai pula manusia yang datang membeli. tak de rezeki kami. lain kali kami datang lagi yer.

kami terus ke teluk kumbar untuk beli buah pula. ada epal jambu batu dan mangga putik.

Ada mempelam masak untuk Aleesya. Dia ni hantu mangga masak. suka sangat.. nanti boleh buat manggo lassi dan jelly mangga untuk dia.
untuk aku pula aku beli pisang kaki,epal hijau, buah pear dan juga kuinin..

semua buah buahan yang aku beli tu dalam RM34 je. sejak akak security kat sekolah aku usul yang kat sini buah murah selalu la aku pergi beli bila stock buah dah habis kat rumah.. hehehehe..


No comments:

Post a Comment