Showing posts with label Miami Beach feringgi. Show all posts
Showing posts with label Miami Beach feringgi. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Mana la Si comelku ini..

Tatkala orang lain bergumbira, tak de pulak kelibat Aleesya 
ke mana la budak kecik  ni menghilang
Aku letak Aleesya kat tikar tu, tapi dah tau yang dia ni memang dah lapor nenen
sian dia, dalam perjalanan tu dok nenen tak puas puas
dok merangkak rangkak
nak main pasir, tapi aku tak tak bagi dia main banyak sangat
sebab... dia suka ambik pasir baling kat atas kepala sendiri
memang budak budak cam ni la pangai.

kebetulan,tempat kami parking tu ada buai buruk ni
ntah sapa la yang baik ati buat buai kat bawah pokok ni ngan jala
apa lagi, tempat yang sesuai tuk Aleesya.
Biras aku plak bawak bantal. lapik je la belakang Aleesya ngan bantal tu.

sambil aku dok perati Amirul yang bermandi manda tu
my Biras dok rajin dodoikan  Aleesya
mula tu gelak gelak
dah lelama mata pun dah jadi kuyu
angin plak sepoi sepoi bahasa

ha.. terlentok dia kat situ, lama jugak la dia tidur
sampai abangnya sudah mandi pun dia tak jaga lagi
nampak tak tali tu, aku ikat kat tengah tu, sebab buai tu ternganga je
takut Aleesya jatuh...

samp[ai kami dah seiap packing barang pun Aleesya tak bangun lagi
betul betul asyik dia tidur.
you are the best Aleesya sebab selesa betul bawak kamu jenjalan
tak banyak karenah..

Tuesday, May 1, 2012

hahahaha... ambik ko!!

Asyik dok snap gambo org je. last dapat la sekeping ni. tak pe janji adakan.
okey.. peace!!!!

Nampak tak my BIL yang pakai taual hijau tu. perhatikan betul betul apa yang sedang dilakukan olehnya.
hahaha... dari jauh aku dah nampak . Dia dok baling baling pasir kat anak sedara isterinya tu
punya la dok seronok. sampai nangis nangis budak tu.

My BIL ni memang kaki ngusik. ngusik budak budak je kerja dia.
bukan setakat anak sedara je dia usik, anak jiran jiran habis di usiknya
aku curi curi snap gambo ni. hahahaha..kena cubit ngan wife dia la
sebab dia dah baling baling pasir tu terkena kepala budak kecik itew

hahaha... kena piat telinga plak lepas tu
ambik ko.. ngusik sangat. Wife dia dah pesan jgn dok ngusik budak budak tu
tapi kan.. dah mcm hobi plak dia. asal nampak budak kecik nak ngusik ja kerjanya.

Monday, April 30, 2012

Miami Beach,Batu Feringghi

Setelah penat memborong jeruk, kami ke teluk bahang, saja nak menikmati panorama empangan
pas tu dok berangan la nak berjimba di Taman rimba.
sekali pergi, tengok dah tutup. sob..sob..sob..

Tarikh Salah.. belum May lagi la...
jadi kami terus je gerak ke Batu Feringhhi.. sempat gak la angah a.k.a anak sedara birasku itu muntah kat dalam kereta. hahaha... kelam kabut kami sebab tak spare plastik.
Amirul pulak, siap pejam mata sebab tak sanggup nak tengok
sib baik la Amirul pun tak muntah sama... haishhhh!!!
 bukan main seronok lagi Amirul bermandi manda
Sejak ada Aleesya, memang kami tak pernah bawak Amirul Mandi Laut
so, kali ni aku nampak suka benor anak teruna aku tu mandi laut. hehehe
Pas mandi manda dorang main pasir pulak
Amirul le yang jadi mangsa.
so sweet tengok dorang ni. Yer la kan time ni berbaju ke idak dorang main belasah je bersukaria
bayangkan bila dah besar nanti, tentu malu meow meow twngok photo ni.

 
sampai har ini pun Amirul masih lagi dok sebut sebut
tentang mandi laut tempohari
siap request kat papa suh ajak dorang lagi kalau kitorang ada pergi mandi laut kelak.

Ingat lagi tak peristiwa kuda lnggar budak kat pantai ni
sabtu lepas, tak de pun kelibat kuda kat sini..
mungkin tak dibenarkan kot, ye la kan, kalau dah membahayakan pengguna
lebih baik tak payah...
 lagipun jarak pantai tu bukannya lebar manapun dengan tebing


Nampak Tak bebola yang terdapat di dalam air laut itu.? yang tu sebenarnya sempadan kepada jet ski & payung terjun tu agar tidak mendarat di kawasan tersebut. kawasan itu untuk org mandi  aje. Bagus jugak kan, at least jet ski tu tak de la sesuka ati nak lalu. dah ada sempadan cenggini, harap harap dapat mengelakkan kejadian yg tak diingini berulang

Sekarang ni pulak, ada la MPPP yang dok ronda & kutip sampah sarap di sekitar pantai. Memang pantai Miami ni dah jauh lebih bersih berbanding dulu. cayaklah..

Nampak tak lelaki yang bertuala hijau tu
kenapa dia ada kat situ? 
hehehe... nanti aku tunjuk k. dia dapat habuan yang paling best dia dapat
sebab.. kehadirannya di kelompok kanak kanak tu le..
nantikan N3 seterusnya okey..