Tuesday, January 11, 2011

Pos Laju ( dari siapa?)

Yesterday, Lepas jam 2.00 petang, aku & anak bos aku, merangkap office partner pergi ke KWSP. Aku saja teman dia jer, sebab dia nak keluarkan duit kat account 2 untuk settledkan balance umah dia. hishhh.. banyak duit dia noh, sampai leh settle balance. Anak bos la katakan, mesti gaji besarrrrrr Punya!!!!!.


Then, masa aku sampai kat Loby KWSP, ada org pos laju call aku ckp ada barang untk aku. Ishhh.. saper lak yang ngantor barang guna pos laju kat aku. pas tu tak inform aku lak tu.mmm.. hantar pun kat office, mungkin office punya barang kot. lantak lah. biarler sesapa pun sign.




alang alang dah pergi KWSP. aku wat ler penama sekali. yang pastinya anak & suami pasti ada bahagiannya. Balik office tetiba aku tengok. Ait!!!! Mak aku ler yang hantar barang ler. Menda lak tu? Aku belek tengok, kat consignment tu tulis makanan. bior betul, takkan Mak kirim bubur Assyura lak kot. tak logik. kang tak pasal pasal basi.

Pandai lak mak wat seprise yer. Tak call inform. hehehe.. Aku bukak ler bungkusan tu sebab excited sangat. Tengok tengok. Mak kirim PETAI!!!!!. hahahaha... baik sungguh ati mak.


Sejak aku tak leh travel balik kampung, mak ckp dia asyik teringat kat aku. Dia tau aku ni suka makan petai. Sebab aku tak leh balik kampung makan petai mak, so dia kirimkan untuk aku. Sayang Mak. Begitu mendalam kasih sayang mak untuk aku. Aku pun sayang mak jugak. Nanti, kalau semua dah ok, aku akan blik bercuti panjang kat kampung...


Hubby pun tak caya yg mak aku leh kirim petai. Dia ingat aku wat lawak. bila aku tunjuk consignment note tu, baru dia caya. hahahaha....Itulah magisnya insan yang aku panggil MAK..

ChinGay..

sebelum kami lepak lepak makan rojak, makan kacang kat tepi pantai. tetiba nampak group chingay ni tengah berlatih.

masa aku snap photo ni, dorang pun terkejut. wah.. ada gak org berminat nak ambik gambo dorang yer. so, sporting la you all semua.

Kalu dulu kaum cina jer yg main permainan ni. tapi sekarang dah mubbah. dah 1 malaysia ada. Dasat woo..dia letak menda buluh tu kat gigi dia.

Tengok ler. yang dah pangkat mak cik pun main jugak. Hubby ada ckap ler, kalau aku ler nak masuk main menda ni, lebih baik duk umah jaga anak. tak yah ler terkinja kinja. Lain orang lain stylenya la en hubby. bukan semua orang thinking sepertimu.


Memang perlukan stamina yang kuat ler nak main benda ni. Kalau tak kuat, cam na nak angkat buluh tinggi yang ada kain bendera panjang tu. tak sanggup aku.


Yang ni plak, timbang kat kepala pula. group yang duduk tu asyik main muzik.

aku closed up tengok budak pompuan melayu ni selamba jer letak kat kepala dia.

Amirul nak tengok dekat dekat, aku tak bagi sebab bimbang takut buluh tu menghempap dia lak. Then risau dengan sikap Amirul yang nak sangat ke depan, aku buat keputusan untuk bergerak pulang jer la..

Monday, January 10, 2011

Toy Muzium..

Mood tengah baik, hati tengah berbunga bunga. Kami menghabiskan masa bersama sama. That day masa sedang riki riki tempat yg nak kami celebrate anniversary & B'day Amirul, sempat lah singgah kat Toy Muzium ni.


hari tu tengok si EL pergi ngan Familly dia mcm best jer. So, teringin lak nak menjejak kaki ke sana. Aku ni bukannya minat toys sangat. tapi sebagai melayan Amirul apa salahnya sekali sekala. hehehe..

Papa & anak beraksi. Amirul jgn ler tumbuk ibu, sakit tau. arghhh!!!!

Nak parking ngan anak terunaku ni, kat kerusi berkepala ala ala zaman firaun.

Dah mcm duduk dalam piramid lak aku rasa. dinding muzium tu di lukis cenggitu.

Mana tau kan, patung kat belakang aku tu, sebenarnya Mumia. weee ngeri la. Tapi seksi wooo..

opocot!!! aku terpegang tut... ( naper time ni plak hubby snap) pencabulan ni.


hiks.. gents pun aku nak ambik gambo gak, firaun nya gents. Sib baik tak der firaun dalam tu yg jaga toilet. hehehe..


Ni la suasana dalam toilet. bilik bilik tu adalah toilet. korang erun tak nak masuk membuang kat dalam tu???



Amirul plak, tak habis habis dok melayan toys, suka la dia, dah bape round dia pusing tengok. tak jemu jemu.

toys watak apa ntah kat atas tu, aku pun tak kenal. tapi amirul suka sangat ngan toys tu.

Amirul mintak aku bergambar ngan dia kat sini. dia panggil patung tu gergasi. hahahaa.. dah tak tau nama, pas tu besar pulak, hentam kromo jer la letak nama gergasi.



masih lagi dok melayan toys, yg memang banyak kat sini. rambang mata kami di buatnya. tapi ingat tau, hanya leh tengok tak leh sentuh atau ada ati nak beli bawak balik.

Nak juga kuabadikan ngan Batman ni.
hikss... Amirul posing lagi kat sini.
terkejut Amirul tengok aku wat aksi kena tendang ngan Panda tu.

Masa ni, Amirul punya la percaya yang tangan aku memang kena gigit ngan jerung ni. Bila aku cakap argh!!! dia terus datang lari lari tarik aku. wal hal aku acting sebab nak suh hubby snap photo cenggini...



Sian Amirul kena bili ngan ibu dia.



nota:- Memang best kalau sekali sekala bersukaria bersama. Akhirnya dapat juga kami cari tempat utk dihabiskan bersama sama next week nanti. tak sabor lak rasanya.

Friday, January 7, 2011

Lepas Ni...

Lepas ni, ramai la anak Amirul . Napa lak tetiba Amirul nak dapat anak? hehehe...

Sebab... sebab.. Mak Ngasuh Amirul, dapat menantu lagi. 2 orang serentak lak tu. Hmm.. tengok lah gelagat Amirul ni. berkepit jer ngan Mak dia tu. Dah ler Mak dia sibuk melayan tetamu, dia tak peduli, janji dapat berkepit.

Yang ni plak Fikri, Syer mak yang sama. Funny ler, bila kelmrain aku ketuk pintu umah baby sitter and bagi salam. Kemudian si Fikri ni jawab " Mak... Lek.. Tom.. Talam". hahaha.. sound funny.


Ni ler abang si Amirul tu. Namanya Hanafi. tak sure pulak aku dia ni ustaz ke cikgu kat KL tu. Pernah juga dengar yg dia war warkan nak sambung belajar kat Yaman. Ntah, udah pergi ke belum pun tak pasti aku nih. Sekarang dorang stay kat KL, wife dia kerja kat Bank Islam KL.


Aku nak tumpang sekaki gak parking kat sini. hehee.. tersandar kekenyangan ku di situ.


Ni pulak Kak Long Amirul. Nama Aisyah, Husband dia org Sabah. selalu la dok kaco Amirul, sebab Suami kak Long tu ada iras iras Imam Muda Ashraf. Bila nonton jer rancangan "Tanya Ashraf" tu dia akan kata mcm Abang Man ler.


Selalu jugak dia kena sakat ngan anak anak baby sitter yg lain, kononnya Mak ngasuh dia tu nak berpindah ke Sabah. Bila balik rumah, dia siap sedih sedih dan kekadang tu mintak izin kat aku utk ikut Mak dia ke Sabah. Sayang betul Amirul ngan Mak dia.


Dia Ingat Sabah tu Dekat Ka???? Kalau betul pun mak dia nak kesana, ingat aku nak kasi dia pergi ke?? hehehe emo sikit...



hmmm.. lepas ni, terbang ler kak Long Amirul ke sabah kerana mengikut suami yg bekerja di Jabatan Penerangan. Jadi org sabah le ko yer.


Nota:- Lepas ni kalau kedua dua pasangan ni dapat anak, Amirul akan jadi semakin kay poh!!



hikss.. Minggu Depan

Segala perancangan dah di buat. harap harap kali ni menjadi. Tahun lepas, aku tak leh nak celebrate. This year nak celebrate puas puas. hehehe..

Celebrate apa tu?
hohoho our anniversary & Amirul B'day. Tarikh kami beza satu ari jer. So, every year harus & wajibler celebrate bersama. Jimat kos.....

Gambo bunga raya ni sedang kembang. menunjukkan aku tengah kembang kembang nak sambut anniversary . Moga moga hubungan kami sekeluarga seerat & semekar kuntuman bunga raya ni.

Ku meniti hari hari yg indah, di tambah pulak keletah Amirul yang kekadang buat mood aku jadi berubah rubah. hehehe.. Indah betul rasanya bila berpeluang jadi isteri & ibu.


Harap harap thn ni aku boleh hadiahkan Amirul seorang adik. Doa doakan untuk aku yer.


nota:- semua dah booking, tunggu kami sekeluarga jer malbuhkan punggung memasing ke destinasi yang telah di rancang itew.

Thursday, January 6, 2011

Apa Maksud "EX"

Aku ni memang addict dengan sinar fm. mana taknya, kalau hubby ubah jer channel lain, mula la aku hangin satu badan. hehehe.. Tambah tambah time pepagi nak drive pergi kerja.


Layan lawak 3 orang kat atas ni memang tersengih sengih aku dalam keta sengsorang. Ada-ada jer la lawak dorang tu. Kejap kejap Abang Jam, kejap plak Mak Neng. Tapi bukan itu yg aku nak citer. Aku nak citer ttg apa maksud "EX".


ok lah, kepada sesap yg tak dengar sinar Fm, meh sini aku nak kongsi. Tapi aku tak tau la, jawapan ni hasil merapu si Abby Fana ni, atau memang benar jawapannya. ( Apa pandangan Korang?).


Selalu kita dengar ttg Ex-boyfriend, Ex-husband/wife. kalau dalam Bahasa melayu selalu org cakap bekas isteri/suami. Tapi, si Abby Fana ni cakap Ex tu maksudnya "Expired" betul ka? kahhhhhhh...


suami expired, kekasih expired. bunyi mcm lucu la. Asyik dok gelak, sampai tersilap wat coatation. Last, this morning Claims Manager Overseas Assurance call aku ckp aku propose utk bumper keta twice. kahhhhh..
kena seketoi. ambek ko wat salah, kena marah pepagi. theeee.. theeee...


Mulai hari ni aku nak panggil utk bekas kekasih ke, bekas suami ke sebagai Sumai expired dan kekasih expired.
kikikikik...

Keletahnya...

Kekadang aku tersenyum sendiri, dan ada kalanya aku tak sabar nak tunggu hubby pulang kerja, sebab nak citer segalanya kat hubby.

Semalam, aku pergi B'day party anak kawan aku, kebetulan anak kepada kawan aku tu pakai seksi. Amirul pun tanya ler, Ibu.. awat dia tu tak pakai baju? hish.. soklan apa la tu. Pi le beli kat pasar malam kan banyak orang jual baju. awat ibu tak beli sehelai kat dia?

Pagi tadi, dia siap ckp kat aku, jgn bagi papa tengok gambar kawan ibu yg tak pakai baju tu noh. Satgi papa jadi gedik pulak. kahhhhh.. kahhh.... ketawa guling guling aku ni bila citer kat hubby.

Di hari yang lain,
Sambil aku leka menonton Adnan sempit bersama Amirul, tetiba ja ada dialog ckp perkataan "Romen". Then degan selamba rock jer, Amirul tanya:- Ibu.. Romen tu apa?
Terlopong aku nak jwab. kalau korang , apa jawapan yg nak korang answer??
Nak selamatkan keadaan, aku cakap jer la, Ultraman, kalau dah banyak sangat ultraman, sebut cepat cepat jadilah romen.

Sekarang pulak, dia dah start sekolah, then aku suh ler dia masuk tidur awal. Bila aku tengok dia dah tutup mata, aku keluarla parking kat Hall teman husband nonton TV sambil Iron baju.

Tetiba ja dia terjongok kat muka pintu bilik, siap sound kami laki bini. "oooo saja suh Mirul tidur awal, nak bercinta la tu..reja lain tak dak ibu ngan papa ni, bercinta bercinta bercinta..

Terkedu aku & hubby, dari mana ler dia belajar nk cakap mcm tu semua. hishhh...



Kebetulan, akiu cash out banyak sikit bulan ni sebab nak bayar yuran sekolah dia, nak bagi mak sikit dan bagainya ler. Masa aku tengah cari HP kat dalam handbag, terjatuh ler wang yang berkeping keping tu. Then mula lah dia bunyi. oooo... ibu ada duit banyak rupanya, saja tak mau beli menan mirul...

Aku cakap ler, duit ni nak bagi kat cikgu mirul sebab nak masuk sekolah besok. Then dia ckp plak, kalau mcm tu kaya la cikgu tu noh. semua ibu & ngan papa kawan kwan mirul bagi duit kat dia. ishhh ke situ pulak!!!


Biasalah aku ni, dalam sehari mesti call mak kat kg gebang gebang. Sambil gebang gebang tu, tetiba Amirul Interfere. Tok! ibu kan dia ada duit beratus ratus. Mirul yg nampak, dia sembunyi kat dalam beg tangan dia. Tak mau bagi kat mirul kat papa semua... habis lah sekali ngan mak aku pun di acomnya.



Nota:- sekarang kena berhati hati bila berbicara.. spy kecik kat umah tu kay poh chi & mulut becok!!!